Sains SPM 2019, Kertas 2 (Soalan 5)


Soalan 5:
Rajah 4.1 menunjukkan dua contoh tindakan refleks, P dan Q.

Rajah 4.1

(a) Berdasarkan Rajah 4.1,
(i) nyatakan satu persamaan bagi tindakan refleks P dan tindakan refleks Q. [1 markah]

(ii) berapakah jenis neuron yang terlibat dalam tindakan refleks?
P :  ___________________________
Q : ___________________________
[2 markah]

(b)
Lengkapkan laluan impuls bagi arka refleks pada Rajah 4.2 dengan menggunakan maklumat yang diberikan. [2 markah]



Rajah 4.2

(c) Apabila seekor serangga terbang dekat ke mata anda, apakah tindakan refleks yang akan berlaku? [1 markah]

Jawapan:
(a)(i) Rangsangan dihantar ke saraf tunjang.

(a)(ii) 
P : 2 jenis
Q : 3 jenis

(b) 
X : Neuron deria
Y : Neuron motor

(c) Mata akan berkelip secara automatik.

Leave a Comment