Aktiviti 9.8 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 9


Aktiviti 9.8:
Mengembara dari satu lokasi ke lokasi lain dalam kawasan sekolah dengan menggunakan koordinat GPS

Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan di kawasan sekolah yang lapang seperti padang sekolah.

2. Tandakan lima lokasi dengan jarak minimum 10 m di antara satu dengan yang lain dalam kawasan sekolah yang lapang.


3. Gunakan alat penerima GPS seperti telefon pintar untuk menentukan koordinat GPS pada lokasi tersebut.

4. Perhatikan dan catat koordinat bagi lima lokasi tersebut dalam format penulisan yang berikut:
(a) Darjah, minit dan saat (DMS)
(b) Darjah desimal (DD)

Keputusan


Soalan
1. Mengapakah aktiviti ini dijalankan di kawasan lapang dan bukan di dalam kelas?

2. Apakah tujuan utama dalam mengaplikasikan sistem koordinat GPS?

3. Namakan dua contoh aplikasi navigasi yang menggunakan sistem koordinat GPS dalam kehidupan harian.

Jawapan:
1. Untuk memudahkan penerimaan maklumat dari satelit GPS tanpa dihalang oleh dinding atau bahagian bangunan yang lain.

2. Tujuan navigasi

3. Google Maps, Waze

Leave a Comment