Praktis Formatif 9.1 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 9

Soalan 1:
Nyatakan lima jenis orbit satelit.

Jawapan:
• Orbit Rendah Bumi (Low Earth Orbit (LEO))

• Orbit Sederhana Bumi (Medium Earth Orbit (MEO))

• Orbit Tinggi Bumi (High Earth Orbit (HEO))

• Orbit Geopegun (Geostationary Orbit (GEO))

• Orbit Geosegerak (Geosynchronous Orbit (GSO))

Soalan 2:
(a) Lukis satu rajah untuk menunjukkan apogi dan perigi satu satelit dalam orbit elips.

(b) Terangkan apogi dan perigi satu satelit dalam orbit elips.

Jawapan:
(a)


(b)
 
Apogi satu satelit dalam orbit elips merupakan kedudukan satelit yang paling jauh dari planet atau bintang yang dikelilingi oleh satelit tersebut manakala kedudukan perigi satu satelit dalam orbit elips merupakan kedudukan satelit yang paling dekat dengan planet atau bintang dikelilingi oleh satelit yang berkenaan.

Soalan 3:
Apakah hubungan antara ketinggian orbit dengan halaju satelit?

Jawapan:
Semakin tinggi orbit satelit, semakin rendah halaju satelit.

Soalan 4:
Apakah orbit pindah Hohmann?

Jawapan:
Orbit pindah Hohmann ialah orbit berbentuk elips yang digunakan untuk memindahkan kenderaan pelancar antara dua orbit yang berlainan ketinggian.

Soalan 5:
Mengapakah angkasawan di ISS berada dalam keadaan terapung?

Jawapan:
Wujud keadaan sifar graviti di ISS.

Soalan 6:
Berikan pendapat anda tentang impak pertambahan bahan buangan di angkasa lepas.

Jawapan:
Meningkatkan risiko kerosakan satelit akibat perlanggaran dengan bahan buangan tersebut

Leave a Comment