Eksperimen 6.3 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 6


Eksperimen 6.3:
Tujuan: Untuk mengkaji kesan kepekatan ion dalam elektrolit terhadap pemilihan jenis ion untuk dinyahcas pada anod

Pernyataan masalah: Bagaimanakah kepekatan asid hidroklorik, HCl, mempengaruhi pemilihan jenis ion untuk dinyahcas pada anod?

Hipotesis: Ion yang lebih tinggi kepekatannya akan dipilih untuk dinyahcas pada anod.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Kepekatan ion dalam elektrolit
(b) bergerak balas : Hasil pada anod
(c) dimalarkan : Jenis elektrod

Bahan: Asid hidroklorik, HCl, 1.0 mol dm–3, asid hidroklorik, HCl, 0.0001 mol dm–3 dan kayu uji
 
Radas: Bateri, elektrod karbon, wayar penyambung dengan klip buaya, sel elektrolitik, ammeter, tabung uji, kertas litmus dan suis

Prosedur:


1. Sediakan susunan radas dengan sel elektrolitik diisi dengan asid hidroklorik, HCl, 1.0 mol dm–3 sehingga separuh penuh.
2. Isi dua buah tabung uji dengan asid hidroklorik, HCl, 1.0 mol dm–3 sehingga penuh dan telangkupkan kedua-dua buah tabung uji tersebut dalam sel elektrolitik (Rajah 6.10).
3. Hidupkan suis. Perhatikan dan catat perubahan yang berlaku pada anod.
4. Matikan suis apabila tabung uji diisi dengan gas yang terbebas dari anod sehingga hampir penuh.
5. Uji sebarang gas yang terbebas dengan menggunakan kayu uji berbara dan kertas litmus biru dan merah lembap.
6. Perhatikan dan catat hasil ujian gas.
7. Ulang langkah 1 hingga 6 dengan menggantikan asid hidroklorik, HCl, 1.0 mol dm–3 dengan asid hidroklorik, HCl, 0.0001 mol dm–3.


Pemerhatian:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?


Soalan:
1. Apakah perbezaan kepekatan antara ion klorida, Cl, dalam asid hidroklorik, HCl, 1.0 mol dm–3 dengan ion klorida, Cl, dalam asid hidroklorik, HCl, 0.0001 mol dm–3?

2. Berdasarkan pemerhatian anda dalam Eksperimen 6.3, namakan hasil yang terbentuk pada anod bagi setiap elektrolit yang berikut:
(a) asid hidroklorik, HCl, 1.0 mol dm–3
(b) asid hidroklorik, HCl, 0.0001 mol dm–3

3. Namakan ion yang dipilih untuk dinyahcas pada anod bagi setiap elektrolit yang berikut:
(a) asid hidroklorik, HCl, 1.0 mol dm–3
(b) asid hidroklorik, HCl, 0.0001 mol dm–3

Jawapan:
1. Kepekatan ion klorida, Cl dalam asid hidroklorik, HCl, 1.0 mol dm–3 adalah lebih tinggi daripada kepekatan ion klorida, Cl dalam asid hidroklorik, HCl, 0.0001 mol dm–3.

2. (a) Gas klorin
(b) Gas oksigen

3. (a) Ion klorida
(b) Ion hidroksida

Leave a Comment