Eksperimen 6.2 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 6


Eksperimen 6.2:
Tujuan: Untuk mengkaji kesan kedudukan ion dalam siri elektrokimia terhadap pemilihan jenis ion untuk dinyahcas pada elektrod

Pernyataan masalah: Bagaimanakah kedudukan ion dalam siri elektrokimia mempengaruhi pemilihan jenis ion untuk dinyahcas pada elektrod?


Hipotesis: Semakin rendah kedudukan ion dalam siri elektrokimia, semakin mudah ion itu dinyahcas.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Kedudukan ion dalam siri elektrokimia
(b) bergerak balas : Hasil pada elektrod
(c) dimalarkan : Kepekatan elektrolit dan jenis elektrod

Bahan: Larutan magnesium nitrat, Mg(NO3)2, 0.5 mol dm–3, larutan natrium sulfat, Na2SO4, 0.5 mol dm–3 dan kayu uji

Radas: Bateri, elektrod karbon, wayar penyambung dengan klip buaya, sel elektrolitik, ammeter, tabung uji dan suis

Prosedur:


1. Sediakan susunan radas dengan sel elektrolitik diisi dengan larutan magnesium nitrat, Mg(NO3)2, 0.5 mol dm–3 sehingga separuh penuh.
2. Isi dua tabung uji dengan larutan magnesium nitrat, Mg(NO3)2, 0.5 mol dm–3 sehingga penuh dan telangkupkan kedua-dua buah tabung uji tersebut dalam sel elektrolitik (Rajah 6.9).
3. Hidupkan suis. Perhatikan dan catat perubahan yang berlaku pada anod dan katod.
4. Matikan suis apabila tabung uji diisi dengan gas yang terbebas dari elektrod sehingga hampir penuh.
5. Uji gas yang terbebas dengan menggunakan kayu uji berbara dan kayu uji bernyala.
6. Perhatikan dan catat hasil ujian gas.
7. Ulang langkah 1 hingga 6 dengan menggantikan larutan magnesium nitrat, Mg(NO3)2, dengan larutan natrium sulfat, Na2SO4.


Pemerhatian:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
1. Namakan ion yang terkandung dalam larutan yang berikut:
(a) larutan magnesium nitrat, Mg(NO3)2
(b) larutan natrium sulfat, Na2SO4

2. Berdasarkan pemerhatian anda dalam Eksperimen 6.2, namakan gas yang terhasil pada anod dan katod bagi setiap elektrolit dalam jadual di bawah.


3. Namakan ion yang dipilih untuk dinyahcas pada anod dan katod bagi setiap elektrolit dalam jadual di bawah.



Jawapan:
1.
(a) Ion magnesium, ion nitrat, ion hidrogen, ion hidroksida
(b) Ion natrium, ion sulfat, ion hidrogen, ion hidroksida

2.


3.


Leave a Comment