Eksperimen 6.4 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 6


Eksperimen 6.4:
Tujuan: Untuk mengkaji kesan jenis elektrod terhadap pemilihan jenis ion untuk dinyahcas pada elektrod

Pernyataan masalah: Bagaimanakah jenis elektrod mempengaruhi pemilihan jenis ion untuk dinyahcas pada anod?

Hipotesis:
1.
Jika elektrod karbon digunakan semasa elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4, maka ion hidroksida, OH, dipilih untuk dinyahcas pada anod.
2. Jika elektrod kuprum digunakan semasa elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4, maka ion kuprum(II), Cu2+, terhasil pada anod.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Jenis elektrod (karbon atau kuprum)
(b) bergerak balas : Hasil elektrolisis pada anod
(c) dimalarkan : Jenis dan kepekatan elektrolit

Bahan: Larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4, 0.1 mol dm–3 dan kayu uji

Radas: Bateri, elektrod karbon, elektrod kuprum, wayar penyambung dengan klip buaya, sel elektrolitik, ammeter, tabung uji dan suis

Prosedur:


1. Sediakan susunan radas dengan sel elektrolitik diisi dengan larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4, 0.1 mol dm–3 sehingga separuh penuh.
2. Isi sebuah tabung uji dengan larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4, 0.1 mol dm–3 sehingga penuh dan telangkupkan tabung uji tersebut pada elektrod anod (Rajah 6.11).
3. Hidupkan suis selama 15 minit. Perhatikan dan catat perubahan yang berlaku pada anod.
4. Uji sebarang gas yang terbebas dengan menggunakan kayu uji berbara.
5. Perhatikan dan catat hasil ujian gas.
6. Ulang langkah 1 hingga 4 dengan menggantikan elektrod karbon dengan elektrod kuprum.

Pemerhatian:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?


Soalan:
1. Namakan ion yang hadir dalam elektrolit semasa elektrolisis dijalankan.

2. Namakan ion yang dipilih untuk dinyahcas atau ion yang terhasil pada anod bagi jenis elektrod yang berikut:
(a) elektrod karbon
(b) elektrod kuprum

Jawapan:
1. Ion kuprum(II), ion hidrogen, ion sulfat, ion hidroksida

2. (a) Ion hidroksida
(b) Ion kuprum(II)


Leave a Comment