Eksperimen 4.3:
Tujuan: Untuk mengkaji kesan saiz bahan tindak balas pepejal terhadap kadar tindak balas
Pernyataan masalah: Bagaimanakah saiz bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas?
Hipotesis: Semakin kecil saiz bahan tindak balas pepejal, semakin tinggi kadar tindak balas.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Saiz marmar
(b) bergerak balas : Masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm3 gas
(c) dimalarkan : Suhu, jisim marmar, kepekatan dan isi padu asid hidroklorik
Bahan: Cebisan marmar hancur bersaiz kecil, ketulan marmar bersaiz besar dan asid hidroklorik cair 0.1 mol dm–3
Radas: Kelalang kon 250 cm3, silinder penyukat 50 cm3, penyumbat getah dengan salur penghantar, buret, besen, neraca elektronik, kaki retort dengan pengapit dan jam randik
Prosedur:
1. Isi buret dan besen dengan air. Kemudian, telangkupkan buret ke dalam besen yang berisi air dan apitkan buret secara menegak dengan menggunakan kaki retort (Rajah 4.15).
2. Selaraskan aras air di dalam buret. Perhatikan dan catat bacaan awal buret, V0.
3. Sukat 40 cm3 asid hidroklorik cair 0.1 mol dm–3 dengan menggunakan silinder penyukat.
Tuangkan asid yang disukat ke dalam sebuah kelalang kon yang bersih dan kering.
4. Timbang 2 g ketulan marmar yang bersaiz besar dengan menggunakan neraca elektronik.
Kemudian, masukkan 2 g ketulan marmar ini ke dalam kelalang kon tersebut.
5. Tutup kelalang kon serta-merta menggunakan penyumbat getah dengan salur penghantar.
Letakkan satu lagi hujung salur penghantar di bawah buret (Rajah 4.16). Mulakan jam randik.
6. Perhatikan bacaan buret. Apabila 30.00 cm3 gas telah dikumpul di dalam buret, hentikan jam randik. Perhatikan dan catat bacaan jam randik.
7. Ulang langkah 1 hingga 6 dengan menggantikan ketulan marmar yang bersaiz besar dengan cebisan marmar yang bersaiz kecil dengan jisim yang sama.
Keputusan:
Analisis data:
1. Bandingkan masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm3 gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh tindak balas yang menggunakan ketulan marmar bersaiz besar dengan tindak balas yang menggunakan cebisan marmar bersaiz kecil.
2. Bandingkan kadar tindak balas bagi tindak balas yang menggunakan ketulan marmar bersaiz besar dengan kadar tindak balas bagi tindak balas yang menggunakan cebisan marmar bersaiz kecil.
Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
Bagaimanakah saiz marmar mempengaruhi kadar tindak balas antara marmar dengan asid hidroklorik?
Jawapan:
Apabila saiz marmar berkurang, kadar tindak balas meningkat.