Eksperimen 4.4 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4


Eksperimen 4.4:
Tujuan: Untuk mengkaji kesan kehadiran mangkin terhadap kadar tindak balas

Pernyataan masalah: Bagaimanakah kehadiran mangkin mempengaruhi kadar tindak balas?

Hipotesis: Jika mangkin hadir, maka kadar tindak balas meningkat.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Kehadiran mangkin
(b) bergerak balas : Masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm3 gas
(c) dimalarkan : Suhu, isi padu dan kepekatan asid hidroklorik

Bahan: Ketulan zink bersaiz kecil, asid hidroklorik cair 0.1 mol dm–3 dan larutan kuprum(II) sulfat 0.5 mol dm–3

Radas: Kelalang kon 250 cm3, silinder penyukat 50 cm3, penyumbat getah dengan salur penghantar, buret, besen, neraca elektronik, kaki retort dengan pengapit, spatula dan jam randik

Prosedur:
1. Isi buret dan besen dengan air. Kemudian, telangkupkan buret itu ke dalam besen yang berisi air dan apitkan buret secara menegak dengan menggunakan kaki retort (Rajah 4.17).


2. Selaraskan aras air di dalam buret. Perhatikan dan catat bacaan awal buret, V0.

3. Sukat 40 cm3 asid hidroklorik cair 0.1 mol dm–3 dengan menggunakan silinder penyukat.
Tuangkan asid yang disukat ke dalam sebuah kelalang kon yang bersih dan kering.

4. Timbang 2 g ketulan zink yang bersaiz kecil dengan menggunakan neraca elektronik.
Kemudian, masukkan 2 g ketulan zink ini ke dalam kelalang kon tersebut.

5. Tutup kelalang kon serta-merta menggunakan penyumbat getah dengan salur penghantar.
Letakkan satu lagi hujung salur penghantar di bawah buret (Rajah 4.18). Mulakan jam randik.


6. Perhatikan bacaan buret. Apabila 30.00 cm3 gas telah dikumpul di dalam buret, hentikan jam randik. Catat bacaan jam randik.

7. Ulang langkah 1 hingga 6 dengan menggantikan 40 cm3 asid hidroklorik cair 0.1 mol dm–3 dengan campuran 40 cm3 asid hidroklorik cair 0.1 mol dm–3 dan 5 cm3 larutan kuprum(II) sulfat 0.5 mol dm–3 (Rajah 4.19).


Keputusan:


Analisis data:
1. Bandingkan masa yang diambil untuk mengumpul 30.00 cm3 gas hidrogen yang dihasilkan oleh tindak balas yang menggunakan campuran ketulan zink dan asid hidroklorik cair dengan tindak balas yang menggunakan campuran ketulan zink, asid hidroklorik cair dan larutan kuprum(II) sulfat sebagai mangkin.

2. Bandingkan kadar tindak balas bagi tindak balas yang menggunakan zink dan asid hidroklorik cair tanpa mangkin dengan kadar tindak balas bagi tindak balas yang menggunakan zink dan asid hidroklorik serta larutan kuprum(II) sulfat sebagai mangkin.

Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
1. Nyatakan faktor kadar tindak balas yang dikaji dalam eksperimen ini.
2. Bagaimanakah faktor tersebut mempengaruhi kadar tindak balas?



Jawapan:
1. Kehadiran mangkin

2. Kehadiran mangkin meningkatkan kadar tindak balas

Leave a Comment