Eksperimen 4.2 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4


Soalan 4:
Tujuan: Untuk mengkaji kesan kepekatan bahan tindak balas terhadap kadar tindak balas

Pernyataan masalah: Bagaimanakah kepekatan bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas?

Hipotesis: Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Kepekatan larutan natrium tiosulfat
(b) bergerak balas : Masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan
(c) dimalarkan : Isi padu larutan natrium tiosulfat, kepekatan dan isi padu asid sulfurik dan saiz kelalang kon

Bahan: Larutan natrium tiosulfat 0.20, 0.16, 0.12, 0.08, 0.04 mol dm–3, asid sulfurik 1 mol dm–3, air suling dan kertas putih dengan tanda ‘X’ di bahagian tengah

Radas: Kelalang kon 250 cm3, silinder penyukat 50 cm3, silinder penyukat 10 cm3 dan jam randik

Prosedur:
1. Sukat dan tuang 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.20 mol dm–3 ke dalam kelalang kon yang bersih dan kering dengan menggunakan silinder penyukat.
2. Letakkan kelalang kon di atas tanda ‘X’ pada kertas putih (Rajah 4.13).
3. Sukat dan tuang 5 cm3 asid sulfurik 1 mol dm–3 dengan cepatnya ke dalam larutan natrium tiosulfat dan mulakan jam randik secara serentak.
4. Perhatikan tanda ‘X’ dari atas kelalang kon (Rajah 4.14).


5. Hentikan jam randik sebaik-baik sahaja tanda ‘X’ pada kertas putih tidak kelihatan.
6. Catat masa yang diambil dalam jadual. Hitung nilai 1/masa.
7. Ulang langkah 1 hingga 6 dengan menggunakan larutan natrium tiosulfat 0.20 mol dm–3 dengan larutan natrium tiosulfat yang mempunyai kepekatan yang berlainan seperti yang disenaraikan dalam jadual yang disediakan.

Keputusan:


Analisis data:
Lukis graf yang berikut:
(a) graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan masa
(b) graf kepekatan larutan natrium tiosulfat melawan 1/masa

Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
1. Nyatakan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam eksperimen ini.
2. Bagaimanakah faktor tersebut mempengaruhi kadar tindak balas?


Jawapan:
1. Kepekatan larutan natrium tiosulfat (atau kepekatan bahan tindak balas)

2. Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas.

Leave a Comment