Eksperimen 4.1:
Tujuan: Untuk mengkaji kesan suhu bahan tindak balas terhadap kadar tindak balas
Pernyataan masalah: Bagaimanakah suhu bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas?
Hipotesis: Semakin tinggi suhu bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Suhu larutan natrium tiosulfat
(b) bergerak balas : Masa yang diambil untuk tanda ‘X’ tidak kelihatan
(c) dimalarkan : Kepekatan dan isi padu larutan natrium tiosulfat, kepekatan dan isi padu asid sulfurik dan saiz kelalang kon
Bahan: Larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm–3, asid sulfurik 1 mol dm–3 dan kertas putih dengan tanda ‘X’ di bahagian tengah
Radas: Kelalang kon 250 cm3, silinder penyukat 50 cm3, silinder penyukat 10 cm3, jam randik, termometer, penunu Bunsen, tungku kaki tiga dan kasa dawai
Prosedur:
1. Sukat dan tuang 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm–3 ke dalam kelalang kon yang bersih dan kering dengan menggunakan silinder penyukat.
2. Biarkan larutan selama 5 minit.
3. Sukat dan catatkan suhu larutan natrium tiosulfat dalam jadual yang disediakan.
4. Letakkan kelalang kon di atas tanda ‘X’ pada kertas putih (Rajah 4.10).
5. Sukat dan tuang 5 cm3 asid sulfurik 1 mol dm–3 dengan cepatnya ke dalam larutan natrium tiosulfat dan mulakan jam randik secara serentak.
6. Perhatikan tanda ‘X‘ dari atas kelalang kon (Rajah 4.11).
7. Hentikan jam randik sebaik-baik sahaja tanda ‘X’ pada kertas putih tidak kelihatan.
8. Catat masa yang diambil dalam jadual. Hitung nilai 1/masa.
9. Ulang langkah 1 hingga 8 dengan menggantikan larutan natrium tiosulfat pada suhu bilik dengan larutan natrium tiosulfat yang dipanaskan pada suhu 35oC, 40oC, 45oC dan 50oC (Rajah 4.12).
Keputusan:
Analisis data:
Lukis graf yang berikut:
(a) graf suhu melawan masa
(b) graf suhu melawan 1/masa
Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
1. Nyatakan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam eksperimen ini.
2. Bagaimanakah faktor tersebut mempengaruhi kadar tindak balas?
3. Nyatakan definisi secara operasi bagi kadar tindak balas berdasarkan eksperimen ini.
Jawapan:
1. Suhu larutan natrium tiosulfat (atau suhu bahan tindak balas)
2. Semakin tinggi suhu bahan tindak balas, semakin tinggi kadar tindak balas.
3. Kadar tindak balas ditunjukkan oleh masa tindak balas yang diambil untuk tanda ‘X’ pada kertas putih tidak kelihatan.