Eksperimen 1.2 (C) – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1


Eksperimen 1.2 (C):
(C) Kesan cahaya terhadap pertumbuhan Bacillus sp.

Tujuan: Untuk mengkaji kesan cahaya terhadap pertumbuhan Bacillus sp.

Pernyataan masalah: Apakah kesan cahaya terhadap pertumbuhan Bacillus sp.?

Hipotesis: Cahaya merencatkan pertumbuhan Bacillus sp..

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Kehadiran cahaya
(b) bergerak balas : Bilangan koloni Bacillus sp.
(c) dimalarkan : Isi padu larutan kultur Bacillus sp. dan suhu persekitaran

Bahan: Larutan kultur bakteria Bacillus sp., agar-agar nutrien steril dan pita selofan

Radas: Dua piring Petri steril dengan penutup berlabel E dan F, dan dawai gelung

Prosedur:
1. Sediakan dua piring Petri yang mengandungi 10 cm3 agar-agar nutrien steril dan labelkan sebagai E dan F.

2. Ulang langkah 2 hingga 5 (Eksperimen 1.2 A) dengan menggantikan piring Petri A dan B dengan piring Petri E dan F.

3. Tutup piring Petri E dan F dan lekatkan penutup dengan pita selofan.

4. Simpan piring Petri E (secara terbalik) di dalam almari yang gelap dan piring Petri F (secara terbalik) di kawasan yang cerah seperti tempat yang berhampiran dengan tingkap selama tiga hari (Rajah 1.29).


5. Selepas tiga hari, keluarkan piring Petri E dari almari tersebut dan dapatkan piring Petri F yang berhampiran dengan tingkap.

6. Perhatikan koloni bakteria di dalam setiap piring Petri. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual. Catat sama ada tiada koloni, koloni yang sedikit atau koloni yang banyak.

Pemerhatian:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
Mengapakah piring Petri F tidak diletakkan di bawah sinaran matahari?


Jawapan:
Haba daripada sinaran matahari akan membunuh Bacillus sp. dan mempengaruhi keputusan eksperimen ini.

Leave a Comment