Eksperimen 1.2 (D) – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1


Eksperimen 1.2 (D):
(D) Kesan suhu terhadap pertumbuhan Bacillus sp.

Tujuan: Untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan Bacillus sp.

Pernyataan masalah: Apakah kesan suhu terhadap pertumbuhan Bacillus sp.?

Hipotesis: Pertumbuhan Bacillus sp. adalah paling pesat pada suhu bilik.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Suhu
(b) bergerak balas : Bilangan koloni Bacillus sp.
(c) dimalarkan : Isi padu larutan kultur Bacillus sp.

Bahan: Larutan kultur bakteria Bacillus sp., agar-agar nutrien steril dan pita selofan

Radas: Tiga piring Petri steril dengan penutup berlabel G, H dan I, dawai gelung, peti sejuk, inkubator dan termometer

Prosedur:
1. Sediakan tiga piring Petri yang mengandungi 10 cm3 agar-agar nutrien steril dan labelkan sebagai G, H dan I.

2. Ulang langkah 2 hingga 5 (Eksperimen 1.2 A) dengan menggantikan piring Petri A dan B dengan piring Petri G, H dan I.

3. Tutup piring Petri G, H dan I dan lekatkan penutup dengan pita selofan.

4. Simpan piring Petri G (secara terbalik) di dalam almari yang gelap pada suhu bilik, piring Petri H (secara terbalik) di dalam peti sejuk pada suhu 5°C dan piring Petri I (secara terbalik) di dalam inkubator pada suhu 70°C selama tiga hari (Rajah 1.30).


5. Selepas tiga hari, keluarkan piring Petri G dari almari yang gelap, piring Petri H dari peti sejuk dan piring Petri I dari inkubator.

6.
Perhatikan koloni bakteria di dalam setiap piring Petri. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual. Catat sama ada tiada koloni, koloni yang sedikit atau koloni yang banyak.

Pemerhatian:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
Mengapakah Bacillus sp. disimpan di dalam inkubator yang bersuhu tinggi?


Jawapan:
Untuk menunjukkan suhu yang tinggi tidak sesuai untuk pertumbuhan bakteria

Leave a Comment