Eksperimen 1.2 (B) – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1


Eksperimen 1.2 (B):
(B) Kesan kelembapan terhadap pertumbuhan Bacillus sp.

Tujuan: Untuk mengkaji kesan kelembapan terhadap pertumbuhan Bacillus sp.

Pernyataan masalah: Apakah kesan kelembapan terhadap pertumbuhan Bacillus sp.?

Hipotesis: Kelembapan yang rendah merencatkan pertumbuhan Bacillus sp..

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Kelembapan agar-agar nutrien
(b) bergerak balas : Bilangan koloni Bacillus sp.
(c) dimalarkan : Isi padu larutan kultur Bacillus sp. dan suhu persekitaran

Bahan: Larutan kultur bakteria Bacillus sp., agar-agar nutrien steril yang lembap dan pita selofan

Radas: Dua piring Petri steril dengan penutup berlabel C dan D, dawai gelung dan ketuhar

Prosedur:
1. Sediakan dua piring Petri yang mengandungi 10 cm3 agar-agar nutrien steril dan labelkan sebagai C dan D.

2. Panaskan piring Petri D di dalam ketuhar sehingga kering. Keluarkan piring Petri dari ketuhar untuk disejukkan kepada suhu bilik.

3. Ulang langkah 2 hingga 5 (Eksperimen 1.2 A) dengan cara menggantikan piring Petri A dan B dengan piring Petri C dan D.

4. Tutup piring Petri C dan D, dan lekatkan penutup dengan pita selofan (Rajah 1.28).


5. Simpan piring Petri secara terbalik di dalam almari yang gelap pada suhu bilik selama tiga hari.

6. Selepas tiga hari, keluarkan piring Petri dari almari tersebut.

7. Perhatikan koloni bakteria di dalam setiap piring Petri. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual. Catat sama ada tiada koloni, koloni yang sedikit atau koloni yang banyak.

Pemerhatian:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
Mengapakah agar-agar nutrien yang dikeluarkan dari ketuhar perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum larutan kultur bakteria Bacillus sp. dilumur ke atasnya?


Jawapan:
Untuk mengelakkan bakteria Bacillus sp. terbunuh oleh haba dalam agar-agar nutrien panas

Leave a Comment