Eksperimen 1.2 (A) – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1


Eksperimen 1.2 (A):
Murid di dalam kelas dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk mengkaji satu faktor yang berlainan terhadap pertumbuhan mikroorganisma (Bacillus sp.).

(A) Kesan nutrien terhadap pertumbuhan Bacillus sp.

Tujuan: Untuk mengkaji kesan nutrien terhadap pertumbuhan Bacillus sp.

Pernyataan masalah: Apakah kesan nutrien terhadap pertumbuhan Bacillus sp.?

Hipotesis: Bacillus sp. memerlukan nutrien untuk pertumbuhan.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Kehadiran nutrien
(b) bergerak balas : Bilangan koloni Bacillus sp.
(c) dimalarkan : Isi padu larutan kultur Bacillus sp. dan suhu persekitaran

Bahan: Larutan kultur bakteria Bacillus sp., agar-agar nutrien steril, agar-agar tanpa nutrien steril dan pita selofan

Radas: Dua piring Petri steril dengan penutup berlabel A dan B, dan dawai gelung

Prosedur:
1. Sediakan satu piring Petri yang mengandungi 10 cm3 agar-agar nutrien steril dan label A. Kemudian, sediakan satu piring Petri yang mengandungi 10 cm3 agar-agar tanpa nutrien steril dan label B.

2. Sterilkan hujung dawai gelung dengan memanaskannya dalam nyalaan penunu Bunsen sehingga dawai gelung membara (Rajah 1.23).


3. Selepas hujung dawai gelung disteril, alihkan hujung dawai gelung daripada nyalaan penunu Bunsen dan biarkan dawai gelung steril menyejuk pada suhu bilik.

4. Celupkan hujung dawai gelung ke dalam larutan kultur bakteria Bacillus sp. (Rajah 1.24).


5. Gunakan hujung dawai gelung tersebut untuk melumurkan kultur bakteria secara zigzag ke atas agar-agar nutrien steril di dalam piring Petri A (Rajah 1.25).


6. Ulang langkah 2 hingga 5 untuk piring Petri B.

7. Tutup piring Petri A dan B, dan lekatkan penutup dengan pita selofan (Rajah 1.26).


8. Terbalikkan setiap piring Petri itu (Rajah 1.27).


9. Simpan piring Petri secara terbalik di dalam almari yang gelap pada suhu bilik selama tiga hari.

10. Selepas tiga hari, keluarkan piring Petri dari almari tersebut.

11. Perhatikan koloni bakteria di dalam setiap piring Petri. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual. Catat sama ada tiada koloni, koloni yang sedikit atau koloni yang banyak.

Pemerhatian:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
1. Bagaimanakah bilangan koloni bakteria dihubungkaitkan dengan pertumbuhan bakteria?

2. Apakah fungsi nutrien dalam agar-agar dalam eksperimen ini?



Jawapan:
1. Semakin banyak bilangan koloni bakteria, semakin tinggi kadar pertumbuhan bakteria.

2. Nutrien dalam agar-agar adalah sumber makanan bakteria.

Leave a Comment