Eksperimen 1.1:
Tujuan:
Untuk membandingkan pertumbuhan bakteria pada agar-agar nutrien steril yang dicoret dengan:
(a) jari tangan yang tidak dibasuh
(b) jari tangan setelah dibasuh dengan air sahaja
(c) jari tangan setelah dibasuh dengan sabun dan air
Pernyataan masalah:
Bagaimanakah tahap kebersihan jari tangan yang mencoret permukaan agar-agar nutrien steril mempengaruhi kadar pertumbuhan bakteria pada permukaan agar-agar nutrien steril tersebut?
Hipotesis:
Apabila tahap kebersihan jari tangan yang mencoret permukaan agar-agar nutrien steril bertambah, pertumbuhan bakteria pada permukaan agar-agar nutrien steril itu akan berkurang.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Kebersihan jari tangan yang mencoret agar-agar nutrien steril
(b) bergerak balas : Bilangan koloni bakteria pada agar-agar nutrien steril
(c) dimalarkan : Suhu persekitaran
Bahan:
Agar-agar nutrien steril, pita selofan dan pen penanda
Radas:
Empat piring Petri steril dengan penutup berlabel A, B, C dan D, dan silinder penyukat steril (10 cm3)
Prosedur:
1. Sediakan susunan radas (Rajah 1.19).
2. Jalankan langkah yang berikut:
(a) Coret seluruh permukaan agar-agar nutrien steril di dalam piring Petri A dengan jari tangan yang tidak dibasuh (Rajah 1.20).
(b) Basuh tangan dengan air dan ulang langkah 2(a) dengan menggantikan piring Petri A dengan piring Petri B.
(c) Basuh tangan dengan sabun dan air dan ulang langkah dalam 2(a) dengan menggantikan piring Petri A dengan piring Petri C.
(d) Piring Petri D tidak dicoret dengan jari tangan.
3. Tutup piring Petri A, B, C dan D, dan lekatkan penutup dengan pita selofan. Terbalikkan setiap piring Petri itu (Rajah 1.21).
4. Simpan piring Petri A, B, C dan D secara terbalik di dalam almari yang gelap pada suhu bilik selama tiga hari.
5. Selepas tiga hari, keluarkan piring Petri A, B, C dan D dari almari tersebut.
6. Perhatikan koloni bakteria di dalam setiap piring Petri. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual. Catat sama ada tiada koloni, koloni yang sedikit atau koloni yang banyak.
Pemerhatian:
Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
1. Mengapakah agar-agar nutrien dan piring Petri disterilkan?
2. Terangkan mengapa piring Petri:
(a) ditutup dan dilekatkan penutup dengan pita selofan
(b) berkeadaan terbalik
(c) disimpan di dalam almari yang gelap
3.(a) Antara piring Petri A, B dan C, yang manakah yang mempunyai bilangan koloni bakteria yang paling banyak? Berikan sebabnya.
(b) Antara piring Petri A, B dan C, yang manakah yang mempunyai bilangan koloni bakteria yang paling sedikit? Berikan sebabnya.
4. Apakah fungsi agar-agar nutrien steril di dalam piring Petri D?
5. Adakah koloni bakteria bertumbuh pada agar-agar nutrien di dalam piring Petri D?
Berikan sebabnya.
Jawapan:
1. Untuk membunuh bakteria pada agar-agar nutrien dan piring Petri
2.
(a) Untuk menghalang mikroorganisma lain daripada masuk
(b) Untuk mencegah air yang terkondensasi daripada jatuh ke atas permukaan agar-agar yang akan mempengaruhi pertumbuhan bakteria pada permukaan agar-agar
(c) Untuk mengelakkan daripada cahaya kerana cahaya terutamanya sinaran matahari dapat merencatkan pertumbuhan bakteria
3.
(a) Piring Petri A. Jari tangan yang tidak dibasuh mempunyai bilangan bakteria yang paling banyak.
(b) Piring Petri C. Jari tangan yang dibasuh dengan sabun dan air mempunyai bilangan bakteria yang paling sedikit.
4. Berfungsi sebagai kawalan untuk membandingkan keputusan eksperimen.
5. Tiada, kerana agar-agar nutrien telah disteril dan ditutup untuk menghalang mikroorganisma lain daripada masuk.