Praktis Sumatif 6 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 6


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan sistem otot manusia.


(a)(i) Namakan struktur yang berlabel R.
(ii) Nyatakan fungsi struktur yang dinamakan dalam soalan 1(a)(i).
(iii) Senaraikan ciri struktur yang dinamakan dalam soalan 1(a)(i).

(b) Apakah yang akan berlaku jika struktur dalam soalan 1(a)(i) mengalami kecederaan?

(c) Nyatakan perbezaan antara tendon dengan ligamen.


Jawapan:
(a)(i) Tendon
(a)(ii) Tendon menyambungkan otot kepada tulang.
(a)(iii) Tendon terdiri daripada gabungan gentian yang bersifat kuat dan tidak kenyal.

(b) Individu tidak dapat menggerakkan tulang kerana daya tarikan yang dihasilkan oleh pengecutan otot tidak dapat dipindahkan kepada tulang.

(c) Tendon ialah struktur yang menyambungkan otot kepada tulang manakala ligamen ialah struktur yang menyambungkan tulang dengan tulang.


Soalan 2:
Gambar foto 1 menunjukkan seekor cacing tanah sedang bergerak.


(a) Apakah jenis rangka pada cacing?

(b) Cacing bergerak dengan bantuan dua jenis otot. Namakan jenis otot tersebut.

(c) Terangkan cara otot pada badan cacing membentuk pergerakan.


Jawapan:
(a) Rangka hidrostatik

(b) Otot membujur dan otot lingkar

(c) Pergerakan cacing terjadi apabila otot membujur mengalami pengecutan dan otot lingkar mengalami pengenduran secara berlawanan. Pergerakan berlawanan ini mencipta pergerakan dari hadapan ke hujung badan cacing. Cacing juga mempunyai keta (bulubulu keras) pada badan bertujuan untuk mencengkam tanah semasa pergerakan berlaku.

Leave a Comment