Praktis Formatif 5.5 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Apakah maksud variasi?

Jawapan:
Variasi ialah perbezaan ciri antara individu daripada spesies yang sama.

Soalan 2:
(a) Namakan dua jenis variasi.
(b) Banding dan bezakan antara kedua-dua jenis variasi yang anda nyatakan dalam soalan 2(a).

Jawapan:
(a) Variasi selanjar dan variasi tak selanjar.

(b) Banding beza variasi selanjar dan variasi tak selanjar.


Soalan 3:
Nyatakan dua faktor genetik yang menyebabkan variasi.

Jawapan:
Dua faktor genetik yang menyebabkan variasi:

• pindah silang antara kromosom homolog semasa meiosis membolehkan pertukaran bahan genetik.

• penyusunan kromosom secara bebas menghasilkan gamet yang mempunyai maklumat genetik berlainan.

(Rujuk Rajah 5.30, m/s 107 di dalam buku teks – mana-mana dua faktor genetik)


Soalan 4:
Bagaimanakah faktor persekitaran menyebabkan variasi? Terangkannya menggunakan contoh yang sesuai.

Jawapan:
Contoh: warna kulit
~ Individu yang sama boleh mempunyai warna kulit berbeza apabila berada di dua lokasi berbeza.

Soalan 5:
Nyatakan tiga kepentingan variasi.

Jawapan:
Tiga kepentingan variasi:
• Variasi membenarkan pemilihan semula jadi.

• Variasi membantu organisma dalam penyamaran untuk melindungi diri daripada pemangsa.

• Variasi pada haiwan dan tumbuhan meningkatkan nilai tambah sesuatu haiwan dan tumbuhan.

Leave a Comment