Praktis Sumatif 5 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
(a) Rajah 1 menunjukkan struktur kromosom.

(i) Namakan struktur yang bertanda P.
(ii) Nyatakan tiga komponen asas yang membentuk struktur yang anda namakan dalam
soalan 1(a)(i).

(b) Berapakah bilangan kromosom di dalam sel soma?

(c) Terangkan perbezaan antara autosom dengan kromosom seks.

Jawapan:
(a) (i) DNA (asid deoksiribonukleik)

(ii) Gula deoksiribosa, kumpulan fosfat, bes bernitrogen

(b) 46

(c) Autosom membawa gen yang mengawal ciri organisma seperti warna anak mata, kebolehan menggulung lidah dan jenis rambut, manakala kromosom seks pula membawa gen yang menentukan jantina organisma sama ada lelaki atau perempuan, jantan atau betina.

Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan satu fasa dalam proses pembahagian sel.

(a) Nyatakan fasa yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

(b) Pada fasa ini, terangkan perlakuan kromosom.

(c) Namakan proses yang berlaku pada fasa ini. Terangkan impaknya kepada organisma sekiranya proses ini tidak berlaku.

(d) Nyatakan sel haiwan yang menjalani peringkat pembahagian sel seperti dalam Rajah 2 di atas.

Jawapan:
(a) Profasa I

(b) Kromosom memendek dan menebal dan menjadi jelas kelihatan.
Kromosom homolog berpasangan.
Proses pindah silang berlaku.

(c) Proses yang berlaku ialah pindah silang. Pindah silang menghasilkan kombinasi gen yang baharu.
Sekiranya pindah silang tidak berlaku, tiada variasi terbentuk.

(d) Sel pembiakan

Soalan 3:
Rajah 3 menunjukkan dua peringkat di dalam satu sel yang mengalami mitosis.


(a) Namakan peringkat P.

(b) Nyatakan perlakuan kromosom semasa peringkat Q.

(c) Namakan satu organ dalam manusia dan satu organ dalam tumbuhan yang mengalami mitosis.

Jawapan:
(a) Profasa

(b) Kromosom tersusun pada satah khatulistiwa. Gentian gelendong melekat pada sentromer.

(c) Manusia: kulit; Tumbuhan: hujung pucuk/akar

Soalan 4:
Rajah 4 menunjukkan kariotip yang dapat dianalisis selepas Puan K menjalankan kaedah amniosentesis.


(a) Apakah kemungkinan yang menyebabkan Puan K menjalani prosedur ini?
(b) (i) Apakah nama penyakit yang akan dihidapi oleh fetus di dalam kandungan Puan K?
(ii) Apakah jantina fetus itu?

Jawapan:
(a)
• Puan K hamil pada usia yang lanjut iaitu 35 ke atas
• Puan K terdedah kepada sinaran radioaktif

(b)
(i) Sindrom Down
(ii) Lelaki

Leave a Comment