5.7.2 Konsep Momentum (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji perlanggaran antara troli yang berlainan jisim dengan bongkah plastisin.



Kedua-dua troli bergerak pada halaju yang sama.
(a) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan [1 markah]
(ii) Pemboleh ubah bergerak balas [1 markah]

(b)(i) Apakah yang dapat anda perhatikan pada bongkah plastisin selepas perlanggaran? [1 markah]
(ii) Nyatakan satu inferens yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian di (b)(i). [1 markah]

(c) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Jisim troli

(a)(ii)
Panjang lekuk pada bongkah plastisin

(b)(i)

Troli T menghasilkan lekuk yang lebih panjang pada bongkah plastisin berbanding dengan lekuk yang dihasilkan oleh troli S selepas troli-troli T dan S berlanggar dengan bongkah plastisin.

(b)(ii)

Apabila sebuah troli yang bergerak dan berjisim lebih besar berlanggar dengan sebongkah plastisin, satu lekuk yang lebih panjang akan dibentukkan pada bongkah plastisin itu.

(c)
Semakin besar jisim troli bergerak yang berlanggar dengan bongkah plastisin, semakin panjang lekuk yang dibentukkan pada bongkah plastisin itu.


Soalan 2:
Rajah 2.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji perlanggaran sebuah troli dengan blok M. Selepas perlanggaran, blok M disesarkan kepada kedudukan baru.
Eksperimen diulangi dengan menggunakan dua buah troli seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.2.



Keputusan eksperimen ini ditunjukkan dalam Jadual di bawah.


(a) Ukur sesaran blok M selepas perlanggaran dalam Rajah 2.2.  [1 markah]

(b) Nyatakan satu pemerhatian tentang sesaran blok M dalam Rajah 2.1 dan Rajah 2.2[1 markah]

(c) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
(i) Pemboleh ubah dimalarkan [1 markah]
(ii) Pemboleh ubah dimanipulasikan [1 markah]

(d) Ramalkan sesaran blok M jiga tiga troli digunakan. [1 markah]

Jawapan:
(a) 6 cm

(b)
Sesaran blok M bertambah apabila bilangan troli bertambah.

(c)(i)
Panjang dan kecondongan landasan, jisim blok M.

(c)(ii)
Bilangan troli yang digunakan

(d)
9 cm

Leave a Comment