Sains SPM 2019, Kertas 2 (Soalan 2)


Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan histogram bagi data jisim 30 orang murid di sebuah sekolah. Ketinggian murid-murid tersebut iaiah 1.55 m.

Rajah 2

(a)(i) Nyatakan bilangan murid yang mempunyai julat jisim 71 kg hingga 80 kg. [1 markah]

(a)(ii) Nyatakan satu alasan yang menyebabkan murid di 2(a)(1) berada dalam julat tersebut. [1 markah]

(b) Apakah jenis variasi yang ditunjukkan oleh graf dalam Rajah 2? [1 markah]

(c) Nyatakan dua ciri bagi jenis variasi berdasarkan jawapan anda di 2(b). [2 markah]

Jawapan:
(a)(i) 5

(a)(ii) Jisim mereka adalah paling tinggi dan mereka adalah obes.

(b) variasi selanjar

(c)
– Ciri-ciri yang tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dalam setiap kumpulan.
– Ciri-ciri yang dapat diukur merentasi suatu julat lengkap.


Leave a Comment