Soalan 8:
Rajah 7 menunjukkan pencemaran alam sekitar akibat daripada aktiviti manusia sejak tiga tahun lepas.
(a) Nyatakan satu jenis pencemaran alam sekitar. [1 markah]
(b) Aktiviti L telah dikenal pasti sebagai salah satu punca pencemaran di kawasan itu.
Cadangkan dua cara untuk mengurangkan pencemaran daripada aktiviti L.
[2 markah]
(c) Berdasarkan Rajah 7 , banding beza aktiviti M dan aktiviti N dalam pencemaran alam sekitar. [2 markah]
(d) Pengusaha aktiviti N ingin memasang penapis elektrostatik di bahagian Y.
Nyatakan bagaimana tindakan tersebut menambahbaik kualiti udara.
[1 markah]
Jawapan:
(a) Pencemaran air.
(b)
– Tidak membuang kumbahan domestik terus ke sungai.
– Menggunakan detergen biodegradasi.
– Merawat air kmbahan domestik sebelum dilepaskan ke sungai.
– Membina sistem pembetungan yang sistematik.
(Mana-mana dua jawapan)
(c)
Persamaan:
– Kedua-dua aktiviti M dan N menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Perbezaan:
– Aktiviti M menyebabkan pencemaran air manakala aktiviti N menyebabkan pencemaran udara.
Penjelasan:
– Kedua-dua aktiviti membebaskan bahan pencemar yang menjejaskan alam sekitar dan hidupan.
– Aktiviti M melibatkan sisa yang mencemarkan sumber air, sementara aktiviti N melibatkan pelepasan asap dan gas daripada kilang ke udara.
(d) Penapis elektrostatik menyingkirkan habuk dan zarah asap daripada udara yang dilepaskan oleh kilang, lalu mengurangkan pencemaran udara.
Rajah 7 menunjukkan pencemaran alam sekitar akibat daripada aktiviti manusia sejak tiga tahun lepas.
(a) Nyatakan satu jenis pencemaran alam sekitar. [1 markah](b) Aktiviti L telah dikenal pasti sebagai salah satu punca pencemaran di kawasan itu.
Cadangkan dua cara untuk mengurangkan pencemaran daripada aktiviti L.
[2 markah]
(c) Berdasarkan Rajah 7 , banding beza aktiviti M dan aktiviti N dalam pencemaran alam sekitar. [2 markah]
(d) Pengusaha aktiviti N ingin memasang penapis elektrostatik di bahagian Y.
Nyatakan bagaimana tindakan tersebut menambahbaik kualiti udara.
[1 markah]
Jawapan:
(a) Pencemaran air.
(b)
– Tidak membuang kumbahan domestik terus ke sungai.
– Menggunakan detergen biodegradasi.
– Merawat air kmbahan domestik sebelum dilepaskan ke sungai.
– Membina sistem pembetungan yang sistematik.
(Mana-mana dua jawapan)
(c)
Persamaan:
– Kedua-dua aktiviti M dan N menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Perbezaan:
– Aktiviti M menyebabkan pencemaran air manakala aktiviti N menyebabkan pencemaran udara.
Penjelasan:
– Kedua-dua aktiviti membebaskan bahan pencemar yang menjejaskan alam sekitar dan hidupan.
– Aktiviti M melibatkan sisa yang mencemarkan sumber air, sementara aktiviti N melibatkan pelepasan asap dan gas daripada kilang ke udara.
(d) Penapis elektrostatik menyingkirkan habuk dan zarah asap daripada udara yang dilepaskan oleh kilang, lalu mengurangkan pencemaran udara.
Soalan 9:
Rajah 8 menunjukkan suatu kegunaan etanol dalam kehidupan harian.

(a) Berdasarkan Rajah 8, nyatakan warna nyalaan itu. [1 markah]
(b) Seorang wanita menggunakan pembersih solekan yang mengandungi alkohol untuk menanggalkan solekan yang berasaskan minyak.
Nyatakan peranan alkohol dalam situasi tersebut.
[1 markah]
(c) Jadual 4 menunjukkan ciri-ciri bagi etanol dan suatu sebatian hidrokarbon P yang boleh digunakan sebagai bahan api.
Berdasarkan Jadual 4, pilih bahan api yang lebih mesra alam. Berikan alasan anda. [2 markah]
(d) Anda ingin menghasilkan alkohol di rumah sebagai bahan api untuk pelita. Anda diberikan semangkuk nasi, yis, air dan satu botol kosong.
Tuliskan langkah-langkah untuk menghasilkan alkohol tersebut.
1. ……………..
2. ……………..
3. ……………..
4. Campuran disimpan di tempat yang gelap selama seminggu.
5. Buka penutup botol setiap dua hari.
[3 markah]
Jawapan:
(a) Biru
(b) Alkohol bertindak sebagai pelarut untuk melarutkan solekan berasaskan minyak.
(c) Bahan api yang lebih mesra alam ialah etanol.
Alasan:
– Etanol mengalami pembakaran lengkap, jadi kurang menghasilkan asap dan gas beracun.
– Sebatian hidrokarbon P mengalami pembakaran tidak lengkap yang menghasilkan jelaga dan karbon monoksida.
(d)
1. Masukkan nasi ke dalam botol kosong.
2. Tambahkan yis dan air ke dalam botol.
3. Goncang atau kacau campuran sehingga sebati lalu tutup botol.
Rajah 8 menunjukkan suatu kegunaan etanol dalam kehidupan harian.

(a) Berdasarkan Rajah 8, nyatakan warna nyalaan itu. [1 markah]
(b) Seorang wanita menggunakan pembersih solekan yang mengandungi alkohol untuk menanggalkan solekan yang berasaskan minyak.
Nyatakan peranan alkohol dalam situasi tersebut.
[1 markah]
(c) Jadual 4 menunjukkan ciri-ciri bagi etanol dan suatu sebatian hidrokarbon P yang boleh digunakan sebagai bahan api.
Berdasarkan Jadual 4, pilih bahan api yang lebih mesra alam. Berikan alasan anda. [2 markah](d) Anda ingin menghasilkan alkohol di rumah sebagai bahan api untuk pelita. Anda diberikan semangkuk nasi, yis, air dan satu botol kosong.
Tuliskan langkah-langkah untuk menghasilkan alkohol tersebut.
1. ……………..
2. ……………..
3. ……………..
4. Campuran disimpan di tempat yang gelap selama seminggu.
5. Buka penutup botol setiap dua hari.
[3 markah]
Jawapan:
(a) Biru
(b) Alkohol bertindak sebagai pelarut untuk melarutkan solekan berasaskan minyak.
(c) Bahan api yang lebih mesra alam ialah etanol.
Alasan:
– Etanol mengalami pembakaran lengkap, jadi kurang menghasilkan asap dan gas beracun.
– Sebatian hidrokarbon P mengalami pembakaran tidak lengkap yang menghasilkan jelaga dan karbon monoksida.
(d)
1. Masukkan nasi ke dalam botol kosong.
2. Tambahkan yis dan air ke dalam botol.
3. Goncang atau kacau campuran sehingga sebati lalu tutup botol.
Soalan 10:
Rajah 9 menunjukkan struktur dalam sistem rangka manusia.
(a) Nyatakan nama tulang P. [1 markah]
(b) Struktur Q patah disebabkan oleh kemalangan. Rawatan awal telah diberikan dengan membalut batang kayu pada bahagian itu.
Nyatakan tujuan tindakan tersebut. [1 markah]
(c) Masalah obesiti menyebabkan seseorang merasa kesakitan pada struktur R apabila bergerak. Doktor menasihati dia untuk menurunkan jisim badan.
Terangkan kesan terhadap lutut jika dia tidak mengikut nasihat doktor. [2 markah]
(d) Seorang wanita terjatuh dari tangga dan kakinya terseliuh. Dengan menggunakan alatan pertukangan serta bahan-bahan berikut, anda diminta untuk mencipta satu alat untuk membantu wanita tersebut berjalan.

Dalam ruang yang disediakan, lakar dan label alat anda dan jelaskan bagaimana alat tersebut dapat membantu wanita itu untuk berjalan.
Lakarkan dan label alat dalam ruangan yang disediakan. [2 markah]
Penerangan: [1 markah]
Jawapan:
(a) Femur
(b) – Untuk mengelakkan tulang yang patah bergerak.
– Untuk menyokong dan menstabilkan tulang yang patah.
(Mana-mana satu jawapan)
(c) – Rawan pada lutut akan semakin haus dan rosak akibat tekanan berat badan yang berlebihan.
– Geseran antara tulang meningkat lalu menyebabkan lutut sakit dan sukar bergerak.
(d)

Penerangan:
Tongkat ketiak membantu wanita bergerak dengan lebih stabil dan mengelakkan kaki yang terseliuh daripada menanggung terlalu banyak beban. Pemegang kayu memudahkan wanita memegang tongkat semasa berjalan.
Rajah 9 menunjukkan struktur dalam sistem rangka manusia.
(a) Nyatakan nama tulang P. [1 markah](b) Struktur Q patah disebabkan oleh kemalangan. Rawatan awal telah diberikan dengan membalut batang kayu pada bahagian itu.