Soalan 11:
Terdapat dua pili air pada dua tembok pagar yang berbeza. Salah satu pili air pada tembok pagar telah rosak, menyebabkan air menitis keluar secara berterusan.
Rajah 10 menunjukkan keadaan tembok pagar tersebut selepas satu bulan.

Berdasarkan situasi dalam Rajah 10, rancang satu eksperimen dalam makmal dengan menggunakan dua piring Petri steril yang mengandungi agar-agar nutrien steril yang lembap, larutan kultur bakteria Bacillus sp., dawai gelung, pita selofan dan ketuhar untuk mengkaji satu faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.
Perancangan eksperimen tersebut perlu mengandungi kriteria berikut:
(a) Pernyataan masalah [1 markah]
(b) Hipotesis [1 markah]
(c)(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan [1 markah]
(ii) Cara mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan [1 markah]
(d)(i) Pemboleh ubah bergerak balas [1 markah]
(ii) Cara mengawal pemboleh ubah bergerak balas [1 markah]
(e) Penjadualan data [2 markah]
(f) Dua langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen [2 markah]
Jawapan:
(a) Apakah kesan kelembapan terhadap pertumbuhan Bacillus sp.?
(b) Kelembapan yang rendah merencatkan pertumbuhan Bacillus sp.
(c)(i) Kelembapan agar-agar nutrien.
(c)(ii) Satu piring Petri dipanaskan dalam ketuhar supaya agar-agar menjadi kering manakala satu lagi dikekalkan lembap.
(d)(i) Bilangan koloni Bacillus sp.
(d)(ii) Mengira dan merekod bilangan koloni bakteria selepas tiga hari.
(e)

(f)
1. Basuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas eksperimen.
2. Sterilkan semua radas dan bahan buangan selepas eksperimen.

Soalan 12:
Pankreas dalam sistem endokrin manusia memastikan glukosa dalam darah dikawal pada aras yang normal, iaitu daripada 3.9 mmol/l hingga 5.6 mmol/ l.
Rajah 11 menunjukkan bacaan aras glukosa dalam darah (mmol/l) bagi individu yang sama dalam situasi Q dan situasi R.

(a) Nyatakan dua kelenjar endokrin dalam badan manusia selain daripada pankreas. [2 markah]
(b) Berdasarkan Rajah 11, nyatakan penyakit yang dihidapi oleh individu tersebut. Beri alasan bagi jawapan anda. [2 markah]
(c)(i) Terangkan bagaimana hormon insulin mengawal aras glukosa dalam darah [2 markah]
(ii) Terangkan kesan bagi hormon insulin yang berlebihan. [2 markah]
(d) Kementerian Kesihatan Malaysia melarang penjualan minuman berkarbonat di kawasan sekolah. Wajarkan larangan tersebut dari aspek kandungan gula minuman. [4 markah]
Jawapan:
(a) – Kelenjar pituitari
– Kelenjar tiroid
(b) Penyakit:
– Diabetes melitus / Kencing manis
Alasan:
– Aras glukosa darah individu tinggi tanpa suntikan insulin (11.0 mmol/l) dan menurun ke aras normal selepas suntikan insulin (5.0 mmol/l).
(c)(i) – Insulin merangsang sel badan menyerap glukosa daripada darah.
– Insulin juga menukarkan glukosa berlebihan kepada glikogen untuk disimpan di hati dan otot.
(c)(ii) – Hormon insulin yang berlebihan menyebabkan aras glukosa darah menurun terlalu rendah (hipoglisemia).
– Individu boleh menjadi lemah, pening atau pengsan.
(d) – Minuman berkarbonat mengandungi kandungan gula yang tinggi.
– Pengambilan gula yang berlebihan meningkatkan aras glukosa dalam darah.
– Hal ini boleh menyebabkan obesiti dan diabetes mellitus.
– Larangan tersebut dapat membantu murid mengamalkan pemakanan yang lebih sihat.