Sains SPM 2025 Kertas 2 (Bahagian A Soalan 5 – 7)


Soalan 5:
Rajah 4 menunjukkan susunan kromosom homolog bagi dua individu yang berbeza. 


(a) Setiap kromosom mengandungi satu molekul panjang DNA.
Nyatakan kandungan dalam molekul DNA yang menentukan ciri-ciri individu.
[1 markah]


(b) Berdasarkan Rajah 4, nyatakan jenis mutasi yang dialami oleh individu Q. [1 markah]

(c) Doktor ingin mengesan keabnormalan pada individu Q semasa dalam kandungan.
Nyatakan dua kaedah yang boleh digunakan untuk mengesan keabnormalan tersebut.
[2 markah]

(d) Berdasarkan Rajah 4, nyatakan
(i) bilangan kromosom bagi individu P dan individu Q
(ii) jantina bagi individu P dan individu Q.
[2 markah]

Jawapan:
(a) Gen

(b) Mutasi kromosom.

(c)(i) Kaedah amniosentesis

(c)(ii) Kaedah kariotip

(d)(i) – Individu P : 46 kromosom
– Individu Q : 47 kromosom

(d)(ii) – Individu P : Lelaki
– Individu Q : Perempuan



Soalan 6:
Rajah 5 menunjukkan dua contoh faktor yang menghasilkan radikal bebas dan kesannya terhadap P. 
(a) Berdasarkan Rajah 5, nyatakan
(i) satu contoh lain bagi faktor II
[1 markah]

(ii) kesan terhadap kesihatan manusia apabila P diserang oleh radikal bebas. [1 markah]


(b) Bilangan P yang rosak akan semakin meningkat sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.
Cadangkan satu contoh bahan antioksidan yang terdapat dalam makanan bagi mengatasi masalah tersebut dan fungsinya.

Contoh bahan antioksidan : …………………………………..
Fungsi : ……………………
[2 markah]

(c) Radikal bebas boleh dihasilkan oleh faktor luaran dan faktor dalaman.
Berdasarkan Rajah 5, nyatakan yang mana merupakan faktor dalaman. Berikan alasan bagi jawapan anda.
Faktor: ………………………………….
Alasan: ……………………………………..
[2 markah]


Jawapan:
(a)(i)  
– Pencemaran udara.
atau
– Sinar ultraungu.
atau
– Sinaran mengion.
atau
– Sisa toksik.

(Mana-mana satu jawapan)

(a)(ii)  
Radikal bebas merosakkan DNA dan boleh menyebabkan kanser.


(b)
Contoh bahan antioksidan:
– Vitamin C

Fungsi:
– Meneutralkan radikal bebas dan melindungi DNA daripada kerosakan.

(c)
Faktor:
– Faktor I

Alasan:
– Faktor I menunjukkan sel darah putih/keradangan yang berlaku di dalam badan, maka ia merupakan faktor dalaman yang menghasilkan radikal bebas.


Soalan 7:
Rajah 6 menunjukkan gambar rajah sinar bagi kanta J dan kanta K. 

(a) Nyatakan jenis kanta J. [1 markah]


(b) Nyatakan dua contoh peralatan optik yang mengaplikasikan kanta J supaya objek dapat dilihat dengan lebih jelas. [2 markah]

(c) Berdasarkan Rajah 6 , banding bezakan ciri-ciri imej bagi kanta J dan kanta K. [2 markah]

(d) Seorang murid membantu gurunya memasang projektor LCD di makmal. Dia menyelaraskan kanta pada projektor LCD itu.
Nyatakan sebab bagi tindakan murid tersebut.
[1 markah]


Jawapan:
(a) Kanta cembung.

(b) – Kaca pembesar
– Mikroskop

(c) 
Persamaan:
– Kedua-dua kanta menghasilkan imej yang diperkecilkan. 

Perbezaan:
– Kanta J menghasilkan imej nyata dan songsang manakala kanta K menghasilkan imej maya dan tegak.


(d) – Untuk mendapatkan imej yang jelas dan tajam pada skrin. 
– Untuk membesarkan imej pada skrin.