Aktiviti 7.3 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 7


Aktiviti 7.3:
Membina model teleskop ringkas

Bahan
Silinder kertas berongga dan pita selofan

Radas
Kanta cembung dengan panjang fokus, ƒo ≥ 10 cm, kanta cembung dengan panjang fokus, ƒe ≤ 2 cm, pembaris, gunting atau pisau dan pensel

Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.

2. Kumpulkan maklumat daripada Internet, media cetak dan media elektronik lain tentang perkara yang berikut:
(a) jenis, saiz dan fungsi kanta yang digunakan dalam teleskop
(b) kriteria pemilihan kanta objek dan kanta mata teleskop yang dapat menghasilkan imej yang paling jelas dan terang
(c) gambar rajah sinar untuk menunjukkan pembentukan imej dalam sebuah teleskop ringkas

3. Bincangkan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan Borang Strategi Data K-W-L sebagai panduan untuk mereka bentuk dan membina teleskop ringkas anda. Anda boleh memuat turun dan mencetak borang tersebut daripada laman web yang diberikan di bawah.


4. Buat lakaran reka bentuk teleskop ringkas.

5. Bina rekaan mengikut lakaran yang dibuat.

6. Komen tentang keberkesanan rekaan dan tambah baik rekaan yang dihasilkan.

7. Persembahkan hasil reka bentuk dan binaan teleskop kumpulan anda.


Soalan
1. Mengapakah bahan binaan silinder yang sesuai digunakan untuk membuat model teleskop adalah legap dan bukan lut sinar ataupun lut cahaya?

2. Apakah jarak di antara kanta objek dengan kanta mata supaya imej akhir dapat dilihat dalam keadaan yang lebih selesa?

3. Apakah nama keadaan yang disebut dalam soalan 2?

Jawapan:
1. Supaya imej yang terbentuk lebih jelas.

2. Jarak antara kanta objek dengan kanta mata = jumlah panjang fokus kanta objek dan kanta mata

3. Pelarasan normal

Leave a Comment