Aktiviti 7.2 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 7


Aktiviti 7.2:
Menentukan panjang fokus bagi suatu kanta cembung dengan penggunaan objek jauh

Radas
Kanta cembung, pemegang kanta, skrin putih dan pembaris meter

Arahan


1. Sediakan susunan radas seperti Rajah 7.7.

2. Halakan kanta cembung ke suatu objek jauh di sebelah luar tingkap yang terbuka.

3. Laraskan kedudukan skrin putih sehingga suatu imej yang tajam bagi objek jauh itu terbentuk pada skrin.

4. Ukur dan catat jarak antara pusat kanta cembung dengan skrin, iaitu panjang fokus, ƒ kanta cembung tersebut dengan menggunakan pembaris meter.


Soalan
1. Mengapakah objek di dalam bilik makmal tidak digunakan untuk menentukan panjang fokus bagi suatu kanta cembung dalam aktiviti ini?

2. Nyatakan ciri imej yang terbentuk pada skrin putih.

3. Jika kanta cembung dalam aktiviti ini digantikan dengan kanta cekung, bolehkah panjang fokus kanta cekung dianggarkan? Terangkan jawapan anda.

Jawapan:
1. Kerana objek dalam bilik makmal terlalu dekat dan sinar cahaya darinya tidak selari

2. Nyata, songsang dan dikecilkan

3. Tidak boleh, kerana imej yang dihasilkan adalah maya dan tidak terbentuk pada skrin.

Leave a Comment