Aktiviti 7.1:
Menggunakan Kit Sinar Optik untuk:
(a) menunjukkan kanta cembung sebagai kanta penumpu dan kanta cekung sebagai kanta pencapah
(b) menentukan titik fokus bagi kanta cembung dan kanta cekung
Bahan
Kertas putih (saiz 86 cm × 86 cm)
Radas
Kit Sinar Optik yang mengandungi kotak sinar, kanta dwicembung berbentuk silinder, kanta dwicekung berbentuk silinder, plat tiga celah, pembaris dan pensel
Nota: Aktiviti ini lebih sesuai dilakukan dalam keadaan yang gelap.
Arahan
1. Sediakan susunan radas seperti Rajah 7.4.
2. Surih bentuk kanta cembung pada kertas putih dengan menggunakan pensel. Tandakan titik tengah kanta cembung, iaitu pusat optik, O pada surihan bentuk kanta tersebut.
3. Tujukan tiga sinar cahaya selari dari kotak sinar ke arah kanta cembung. Perhatikan lintasan sinar cahaya sebelum dan selepas melalui kanta cembung.
4. Buat dua tanda, satu dekat dengan kanta dan satu lagi jauh dari kanta, pada setiap lintasan sinar cahaya sebelum dan selepas melalui kanta cembung. Alihkan kanta cembung dari kertas putih.
5. Lukis garis lurus untuk menyambung dua tanda pada setiap lintasan sinar cahaya sebelum dan selepas melalui kanta cembung (Rajah 7.3(a)) dengan menggunakan pensel dan pembaris.
6. Tandakan titik persilangan tiga sinar cahaya sebagai titik fokus, F bagi kanta cembung itu.
7. Ulang langkah 1 hingga 5 dengan menggantikan kanta cembung kepada kanta cekung.
8. Ekstrapolasikan sinar cahaya yang terbias selepas melalui kanta cekung ke belakang sehingga titik persilangan (Rajah 7.3(b)).
9. Tandakan titik persilangan tiga sinar cahaya sebagai titik fokus, F bagi kanta cekung tersebut.
Soalan
1. Mengapakah aktiviti ini sesuai dilakukan dalam keadaan yang gelap?
2. Apakah yang berlaku kepada sinar cahaya selepas melalui kanta yang berikut?
(a) Kanta cembung
(b) Kanta cekung
3. Huraikan pemerhatian yang dibuat dalam aktiviti ini untuk menunjukkan ciri kanta yang berikut:
(a) kanta cembung sebagai kanta penumpu
(b) kanta cekung sebagai kanta pencapah
Jawapan:
1. Supaya lintasan sinar cahaya sebelum dan selepas melalui kanta kelihatan lebih jelas.
2.
(a) Sinar cahaya menumpu
(b) Sinar cahaya mencapah
3.
(a) Tiga sinar cahaya selari yang melalui kanta cembung akan menumpu ke titik fokus, F.
(b) Tiga sinar cahaya selari yang melalui kanta cekung mencapah kelihatan seolah-olah dari titik fokus, F.