Aktiviti 5.6 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Aktiviti 5.6:
Mengkaji sifat fizik dan sifat kimia etanol

Bahan
Etanol, asid etanoik, asid sulfurik pekat, air kapur, kertas kobalt klorida kontang, mancis dan air

Radas
Tabung didih, silinder penyukat, salur penghantar, penitis, piring sejat, penyepit, corong turas, bikar, tabung uji, kaki retort, tiub penyambung dan penunu Bunsen


Arahan
A. Sifat fizik etanol
Perhatikan dan rekod sifat fizik etanol yang berikut:
• warna
• keadaan jirim pada suhu bilik
• bau
• keterlarutan dalam air

B. Tindak balas pembakaran
1. Sukat 2 cm3 etanol dengan menggunakan silinder penyukat dan tuang ke dalam sebuah piring sejat.
2. Nyalakan etanol di dalam piring sejat itu (Rajah 5.15).
3. Perhatikan dan catat warna nyalaan yang terhasil.
4. Uji gas yang terbebas dengan air kapur.
5. Uji titisan cecair yang terbentuk pada corong turas dengan kertas kobalt klorida kontang.

C. Tindak balas pengesteran
1. Sukat 2 cm3 etanol dan 2 cm3 asid etanoik dengan menggunakan silinder penyukat dan masukkan kedua-dua bahan itu ke dalam sebuah tabung didih (Rajah 5.16(a)). Goncangkan tabung didih tersebut.


2. Tambahkan lima titis asid sulfurik pekat ke dalam campuran di dalam tabung didih (Rajah 5.16(b)) di dalam kebuk wasap. Goncangkan tabung didih tersebut.

3. Panaskan campuran selama beberapa minit (Rajah 5.16(c)).

4. Tuang hasil campuran ke dalam sebuah bikar berisi air (Rajah 5.16(d)). Perhatikan dan catat ciri-ciri hasil yang terbentuk.

Pemerhatian


Soalan
1. Apakah yang dihasilkan daripada tindak balas pembakaran alkohol?

2. (a) Apakah yang dihasilkan daripada tindak balas antara etanol dengan asid etanoik?
(b) Apakah sifat fizik hasil tindak balas antara etanol dengan asid etanoik?

3. Apakah fungsi asid sulfurik pekat dalam proses pengesteran?


Jawapan:
1. Karbon dioksida dan air

2. (a) Ester

2. (b)
• Berbau wangi
• Tidak larut dalam air

3. Sebagai mangkin

Leave a Comment