Aktiviti 5.5 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Aktiviti 5.5:
Menyediakan etanol melalui proses penapaian

Bahan
Air suling, yis, gula, bahan berkanji seperti roti dan beras, buah-buahan seperti pisang dan epal, serpihan porselin dan air kapur

Radas
Bikar, rod kaca, kelalang kon, silinder penyukat, salur penghantar dengan penyumbat, tabung uji, kelalang penyulingan, kondenser Liebig, termometer, penunu Bunsen, tungku kaki tiga dan kasa dawai

Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.

2. Guru mengarahkan setiap kumpulan supaya menyediakan sama ada susunan radas A, B atau C seperti yang berikut.



3. Simpan susunan radas A, B dan C di dalam makmal selama seminggu. Perhatikan dan catat perubahan yang berlaku kepada campuran di dalam kelalang kon dan air kapur di dalam tabung uji.


4. Selepas seminggu, turaskan campuran ke dalam kelalang kon dan tuangkan hasil turasan ke dalam kelalang penyulingan.

5. Jalankan proses penyulingan terhadap kandungan di dalam kelalang penyulingan dengan menggunakan susunan radas seperti Rajah 5.14.

6. Kumpulkan hasil sulingan pada suhu 78°C.

7. Perhatikan dan catat warna dan bau hasil sulingan yang terkumpul dalam jadual.

Pemerhatian


Soalan
1. Apakah hasil tindak balas yang mengubah air kapur menjadi keruh?

2. Apakah tujuan menjalankan proses penyulingan dalam aktiviti ini?

3. Apakah prinsip yang digunakan untuk mengasingkan etanol daripada hasil penapaian melalui kaedah penyulingan?


Jawapan:
1. Karbon dioksida

2. Untuk menghasilkan etanol tulen

3. Etanol mempunyai takat didih yang lebih rendah daripada air.

Leave a Comment