Aktiviti 5.2 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Aktiviti 5.2:
Memisahkan petroleum mentah kepada empat pecahan yang berbeza dengan menggunakan penyulingan berperingkat

Bahan
Petroleum mentah, kayu uji, ais, air dan kapas kaca

Radas
Silinder penyukat, tabung didih, kaki retort, tabung uji, rak tabung uji, bikar, getah penyumbat dengan tiub penghantar, termometer (0oC – 360oC), penunu Bunsen dan piring sejat

Arahan
1. Isikan 10 cm3 petroleum mentah ke dalam sebuah tabung didih.
2. Sediakan susunan radas (Rajah 5.7).


3. Panaskan petroleum mentah di dalam tabung didih perlahan-lahan daripada suhu bilik sehingga suhunya mencapai 80oC.

4. Hentikan pemanasan petroleum mentah itu apabila suhunya mencapai 80oC. Teruskan proses pemanasan apabila suhunya menurun di bawah 80oC.

5. Apabila terdapat lebih kurang 1 cm3 hasil penyulingan yang terkumpul di dalam tabung uji, gantikan dengan tabung uji kosong yang lain.

6. Label sebagai Pecahan 1 bagi hasil penyulingan yang terkumpul dari suhu bilik sehingga 80oC.

7. Ulang langkah 3 untuk mengumpulkan tiga lagi pecahan petroleum pada julat suhu yang berikut:
(a) 80oC – 150oC dengan hasil penyulingan yang terkumpul dilabel sebagai Pecahan 2
(b) 150oC – 230oC dengan hasil penyulingan yang terkumpul dilabel sebagai Pecahan 3
(c) 230oC – 250oC dengan hasil penyulingan yang terkumpul dilabel sebagai Pecahan 4

8. Perhatikan dan catat warna setiap pecahan petroleum yang berlabel 1, 2, 3 dan 4.

9. Tuang pecahan petroleum ke dalam piring sejat yang berasingan.

10. Perhatikan dan bandingkan kadar pengaliran ataupun kelikatan setiap pecahan petroleum itu.

11. Catat kelikatan setiap pecahan petroleum yang diperoleh.

12. Nyalakan pecahan petroleum dengan kayu uji bernyala. Kemudian, bandingkan dan catat kebolehbakaran setiap pecahan petroleum itu.

Pemerhatian


Soalan
1. Namakan kaedah pengasingan campuran yang digunakan dalam aktiviti ini.

2. Adakah petroleum suatu sebatian atau suatu campuran? Berikan sebabnya.

3. Berdasarkan maklumat dalam Info Sains di muka surat 146, namakan hasil penyulingan yang diperoleh dalam pecahan berlabel yang berikut:
(a) Pecahan 1:
(b) Pecahan 2:
(c) Pecahan 3:
(d) Pecahan 4:

4. Apakah sifat pecahan petroleum yang diaplikasikan dalam penyulingan berperingkat petroleum?


Jawapan:
1. Penyulingan berperingkat

2. Petroleum ialah suatu campuran. Petroleum dapat diasingkan kepada pecahan-pecahan petroleum melalui kaedah pengasingan campuran, iaitu penyulingan berperingkat.

3. (a) Petrol
(b) Nafta
(c) Kerosin
(d) Diesel

4. Takat didih pecahan petroleum yang berlainan

Leave a Comment