5.1 Pengenalan Sebatian Karbon
Apakah maksud sebatian karbon organik?
Jawapan:
Sebatian karbon organik merupakan sebatian karbon yang berasal daripada benda hidup.
Apakah maksud sebatian karbon bukan organik?
Jawapan:
Sebatian karbon bukan organik merupakan sebatian karbon yang berasal daripada benda bukan hidup.
Berikan dua contoh sebatian karbon bukan organik.
Jawapan:
Karbon monoksida, karbon dioksida, kalsium karbonat, natrium hidrogen karbonat, aluminium karbida, kalium sianida dan karbon disulfida (mana-mana dua)
Apakah kitar karbon?
Jawapan:
Kitar karbon menunjukkan bagaimana unsur karbon dikitar melalui pembentukan atau penguraian sebatian karbon dalam hidupan dan bahan organik di kawasan persekitaran melalui prosesproses seperti respirasi, pembakaran, penguraian dan fotosintesis.
Nyatakan kepentingan kitar karbon.
Jawapan:
Kepentingan kitar karbon adalah:
• mengekalkan keseimbangan karbon semula jadi
• mengekalkan komposisi karbon dioksida di atmosfera