Praktis Sumatif Bab 5 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji proses penyediaan bagi sejenis sebatian karbon.


(a) Namakan proses dalam Rajah 1.

(b) Apakah jenis sebatian karbon yang disediakan?

(c) Nyatakan pemerhatian anda pada air kapur.

(d) Nyatakan inferens bagi jawapan dalam 1(c).


Jawapan:
(a) Penapaian

(b) Sebatian karbon organik

(c) Air kapur menjadi keruh

(d) Karbon dioksida dibebaskan dalam tindak balas di antara gula dengan yis.


Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan keratan rentas satu arteri yang tersumbat dengan bahan P yang menjadikan lumen arteri sempit dan mengganggu atau menyekat aliran darah.


(a) Namakan keadaan ini.
(b) Namakan bahan P.
(c) Apakah kelas makanan yang menyebabkan arteri tersumbat?
(d) Cadangkan dua cara untuk mengelakkan arteri daripada tersumbat.


Jawapan:
(a) Aterosklerosis

(b) Kolesterol

(c) Lemak tepu

(d)
1. Kurangkan makanan berlemak
2. Makan lemak tak tepu yang dapat merendahkan aras kolesterol dalam darah
(mana-mana jawapan yang sesuai)

Leave a Comment