Eksperimen 10.1 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10


Eksperimen 10.1:
Tujuan: Mengkaji kesan jenis larutan yang berbeza terhadap pengoksidaan buah epal.

Pernyataan masalah: Apakah cara untuk melambatkan proses pengoksidaan buah epal?

Hipotesis: Larutan yang mengandungi bahan antioksidan dapat melambatkan proses pengoksidaan buah epal.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Jenis larutan
(b) bergerak balas: Perubahan warna hirisan epal
(c) dimalarkan: Suhu persekitaran, saiz hirisan

Bahan: Buah epal, larutan gula, jus limau, larutan natrium bikarbonat, larutan garam biasa

Radas: Piring Petri, bikar, forseps

Prosedur:

1. Sediakan empat jenis larutan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.7.

2. Potong sebiji epal kepada lima hirisan yang sama besar. Satu daripada hirisan epal itu diletakkan ke dalam piring Petri sebagai kawalan.

3. Dengan forseps, rendamkan setiap hirisan epal yang lain ke dalam larutan gula, jus limau, larutan natrium bikarbonat dan larutan garam biasa masing-masing seperti dalam Rajah 10.7.

4. Selepas satu minit, letakkan hirisan epal daripada empat larutan itu ke dalam piring Petri dan biarkan terdedah kepada udara selama 15 minit.

5. Selepas 15 minit, perhatikan perubahan yang berlaku kepada hirisan epal yang direndamkan ke dalam empat jenis larutan dengan epal yang tidak direndamkan di dalam mana-mana larutan.

Keputusan:


Kesimpulan: Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?


Soalan:
1. Hirisan epal yang manakah yang tidak berubah menjadi perang?
2. Bagaimanakah hirisan epal boleh menjadi perang?
3. Apakah bahan yang dapat melambatkan proses pengoksidaan epal?

Jawapan:
1.
• Di dalam larutan jus limau
• Di dalam larutan garam biasa

2. Proses pengoksidaan berlaku pada permukaan hirisan epal yang menjadikan permukaan hirisan epal berwarna perang.

3. Bahan antioksidan seperti vitamin C dan garam biasa.

Leave a Comment