Aktiviti 9.4 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9


Aktiviti 9.4:
Tujuan: Mengkaji kesan asid dan alkali terhadap lateks.
Bahan: Lateks, asid etanoik, larutan ammonia
Radas: Bikar, penitis, rod kaca

Prosedur:
1. Labelkan tiga bikar sebagai P, Q dan R, kemudian masukkan 20 ml lateks ke dalam bikar tersebut.


2. Titiskan 10 titis asid etanoik ke dalam bikar P dan kacaukannya.
3. Titiskan 10 titis larutan ammonia ke dalam bikar Q dan kacaukannya.
4. Biarkan bikar R tanpa ditambah asid atau alkali.
5. Perhatikan perubahan yang berlaku di dalam ketiga-tiga bikar dan catatkan pemerhatian anda dalam jadual seperti di muka surat 196.

Pemerhatian:


Soalan:
1. Apakah yang berlaku apabila asid etanoik ditambahkan ke dalam lateks?
2. Apakah yang berlaku apabila ammonia ditambahkan ke dalam lateks?
3. Bagaimanakah penggumpalan lateks dapat dicegah?
4. Mengapakah lateks menggumpal apabila terdedah kepada udara?


Jawapan:
1. Penggumpalan lateks berlaku/Pepejal putih terbentuk

2. Lateks kekal pada keadaan asalnya/ Lateks tidak menggumpal

3. Campurkan alkali/ammonia ke dalam lateks

4. Aktiviti bakteria menghasilkan asid yang dapat menggumpalkan lateks.

Leave a Comment