Aktiviti 9.3:
Tujuan: Mengkaji ciri-ciri getah asli.
Bahan: Kepingan getah, air
Radas: Tabung didih, kaki retort dan pengapit, penunu Bunsen
(A) Kekenyalan getah asli
Prosedur:
1. Uji sifat kekenyalan getah asli dengan meregang dan memulas sekeping getah asli.
2. Perhati dan catatkan pemerhatian anda.
Soalan:
Adakah kepingan getah itu berupaya kembali kepada bentuk asal?
(B) Kesan haba terhadap getah asli
Prosedur:
1. Potong sedikit kepingan getah asli daripada Aktiviti A dan masukkannya ke dalam tabung didih yang berisi air.
2. Kemudian, panaskannya secara perlahan-lahan menggunakan penunu Bunsen (Rajah 9.9).
3. Uji kekenyalan kepingan getah asli itu setelah kepingan getah itu menjadi sejuk.
Soalan:
Apakah yang berlaku kepada kepingan getah itu selepas dipanaskan?
Jawapan:
(A) Ya
(B) Getah menjadi kurang kenyal.