Eksperimen 6.2 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 6


Eksperimen 6.2:
Tujuan: Mengkaji pola pertumbuhan anak benih kacang hijau.

Pernyataan masalah: Apakah pola pertumbuhan anak benih kacang hijau?

Hipotesis: Pola pertumbuhan anak benih kacang hijau adalah berbentuk sigmoid.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Masa
(b) bergerak balas: Ketinggian anak benih
(c) dimalarkan: Jenis anak benih

Bahan: Biji benih kacang hijau, kapas, air

Radas: Piring Petri, penyepit, pembaris

Prosedur:
1. Rendamkan tiga biji benih kacang hijau di dalam piring Petri berisi air sampai kembang.

2. Simpan radas di tempat gelap selama satu malam.

3. Pindahkan anak benih kacang hijau yang telah tumbuh ke dalam piring Petri lain yang berisi kapas lembap.

4. Ukur panjang setiap anak benih kacang hijau menggunakan pembaris.

5. Ulangi langkah 4 setiap hari sehingga tujuh hari dan rekod ketinggian anak benih kacang hijau dalam jadual.

6. Hitung purata ketinggian anak benih kacang hijau dan catat dalam jadual di bawah.

7. Plotkan graf ketinggian anak benih pokok kacang hijau (mm) melawan masa (hari).

Keputusan:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
1. Berikan ulasan tentang bentuk graf yang telah diplotkan.
2. Kaitkan pertumbuhan anak benih dengan bentuk graf.



Jawapan:
1. Graf yang diplotkan tidak menunjukkan bentuk sigmoid. Hal ini demikian kerana tempoh masa kajian terlalu pendek.

2. Semakin bertambah masa (hari), semakin tinggi anak benih kacang hijau.

Leave a Comment