Eksperimen 6.1 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 6


Eksperimen 6.1:
Tujuan: Membandingkan kekuatan tulang yang padat dengan tulang yang berongga.

Pernyataan masalah: Adakah tulang yang berongga lebih kuat daripada tulang yang padat?

Hipotesis: Tulang berongga lebih kuat daripada tulang yang padat.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Jenis silinder (berongga atau padat)
(b) bergerak balas: Bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinder
(c) dimalarkan: Panjang dan diameter silinder

Bahan: Kertas A4, pita selofan, penutup kotak

Radas: Buku teks, gunting

Prosedur:
1. Buatkan satu silinder yang berongga dengan diameter berukuran 2.5 cm. Lekatkan bahagian atas dan bawah gulungan kertas itu dengan pita selofan. Buat tiga lagi gulungan yang sama.

2. Lekatkan setiap silinder pada bahagian sudut penutup kotak dan namakan struktur itu meja model A seperti pada Rajah 6.10(a).

3. Buatkan satu silinder yang padat dengan diameter berukuran 2.5 cm. Lekatkan bahagian atas dan bawah gulungan kertas itu dengan pita selofan. Buat tiga lagi gulungan yang sama.

4. Lekatkan setiap silinder pada bahagian sudut penutup kotak dan namakan struktur meja itu model B seperti pada Rajah 6.10(b).


5. Letakkan buku teks satu demi satu ke atas setiap meja model A dan B sehingga gulungan kertas bengkok.

Keputusan:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
1. Apakah yang diwakili oleh:
(a) gulungan kertas pada meja model A?
(b) gulungan kertas pada meja model B?

2. Cadangkan dua kelebihan sistem sokongan yang diwakili oleh gulungan kertas meja model A.


Jawapan:
1.
(a) Tulang berongga
(b) Tulang padat

2.
• Lebih ringan dan kuat
• Membenarkan haiwan bergerak dengan lebih laju.

Leave a Comment