Aktiviti 6.2:
Tujuan: Mengkaji lengkung pertumbuhan haiwan berangka luar.
Radas: Pembaris
Prosedur:
1. Perhatikan lima ekor nimfa belalang dan seekor belalang dewasa dalam jadual di bawah.
2. Ukur panjang nimfa belalang A (dari hujung kepala hingga hujung abdomen) menggunakan pembaris.
3. Catatkan panjang nimfa belalang A dalam jadual di bawah.
4. Ulangi langkah 2 dan 3 menggunakan gambar nimfa belalang B, C, D, E dan belalang dewasa.
Pemerhatian:
Soalan:
1. Plotkan lengkung pertumbuhan belalang tersebut.
2. Mengapakah lengkung pertumbuhan belalang bercorak sedemikian?
3. Terangkan proses metamorfosis belalang tersebut berdasarkan lengkung pertumbuhan yang telah diplot.
Jawapan:
1.
2. Lengkung pertumbuhan berbentuk demikian kerana haiwan berangka luar menjalani peringkat ekdisis beberapa kali sebelum mencapai peringkat dewasa.
3. Pada hari 1 – 5, serangga berada dalam fasa instar, iaitu tiada pertumbuhan berlaku. Pada penghujung hari ke-5, serangga akan menyedut udara bagi mengembangkan badannya.
Oleh itu, berlaku pertambahan kepada panjang serangga. Pada hari ke 6 – 10, serangga berada dalam peringkat instar sekali lagi sehingga pada penghujung hari ke-10, proses ekdisis kedua berlaku. Panjang serangga semakin bertambah.
Proses ekdisis berlaku lagi pada hari ke-15, hari ke-20, hari ke-25 sehingga serangga mencapai saiz dewasa.