Praktis Formatif 5.4 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5

Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan kejuruteraan genetik?

Jawapan:
Kejuruteraan genetik ialah proses pengubahsuaian genetik sesuatu organisma.

Soalan 2:
Terangkan maksud DNA rekombinan, terapi gen dan GMO bersertakan contoh setiap satu.

Jawapan:
Maksud:
(i)
DNA rekombinan ialah teknologi yang menggabungkan bahan genetik daripada dua spesies yang berbeza untuk menghasilkan satu ciri genetik baharu.

Contoh: DNA daripada manusia dikombinasikan dengan DNA bakteria menghasilkan DNA hibrid untuk penghasilan insulin.

(ii)
Terapi gen ialah teknik yang digunakan untuk membaiki gen-gen mutan (abnormal atau cacat) yang bertanggungjawab terjadinya suatu penyakit seperti sistik fibrosis, hemofilia dan anemia sel sabit.

(iii)
GMO ialah organisma (tumbuhan, haiwan, bakteria atau virus) yang diubah suai secara genetik untuk tujuan tertentu.
Contohnya penghasilan gen yang dapat membunuh serangga dan diaplikasikan ke dalam penanaman padi, jagung dan kelapa sawit.

Soalan 3:
Nyatakan tiga kebaikan dan keburukan teknologi kejuruteraan genetik pada manusia.

Jawapan:
Tiga kebaikan dan keburukan teknologi kejuruteraan genetik kepada manusia

Kebaikan:
• mengenal pasti dan menentukan penyakit baka seterusnya merawat penyakit tersebut.

• tanaman dan ternakan yang lebih berkualiti dapat dihasilkan.

• tanaman dan ternakan yang mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi.

Keburukan:
• pengklonan akan menimbulkan masalah moral, etika dan agama seperti pengklonan manusia.

• menghasilkan organisma yang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap ubat kerana gen organisma telah bermutasi dengan perubahan genetik

• boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mutasi kepada pengguna kerana gen hasilan genetik yang dimakan akan berintegrasi dengan gen pengguna.

Leave a Comment