Praktis Formatif 5.2 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5



5.2 Pewarisan
Soalan 1:
Huraikan perbezaan antara alel dominan dengan alel resesif.

Jawapan:
Alel dominan akan mempamerkan sifat atau ciri yang dikawalnya dan menutup ciri yang dikawal oleh alel resesif. Alel resesif pula hanya akan menunjukkan ciri yang dikawal olehnya apabila alel
dominan tidak hadir.


Soalan 2:
Apakah kromosom seks?

Jawapan:
Kromosom seks ialah kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom seks terdiri daripada dua jenis iaitu X dan Y.


Soalan 3:
Apakah yang menentukan jantina anak? Terangkan jawapan anda.

Jawapan:
Kromosom seks bapa. Jika sperma (22+X) mensenyawakan ovum (22+X), jantina anak ialah perempuan (44+XX).
Jika sperma (22+Y) mensenyawakan ovum (22+X), jantina anak ialah lelaki (44+XY).

Leave a Comment