Praktis Sumatif 4 (Soalan 4 & 5) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4


Soalan 4:
Gambar foto 1 menunjukkan isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga.



(a) Nyatakan kesan isu di atas kepada alam sekitar.

(b) Cadangkan dua cara untuk menangani isu di atas menggunakan Teknologi Hijau.

(c) Nyatakan satu kelebihan menggunakan Teknologi Hijau untuk menangani isu di atas.

(d) Adakah anda bersetuju bahawa penggunaan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian akan mengurangkan pencemaran alam sekitar?
Wajarkan jawapan anda.


Jawapan:
(a)
• Pemanasan global
• Peningkatan gas rumah hijau
• Berlakunya hujan asid

(b)
• Menggunakan sumber tenaga boleh baharu
• Mengamalkan amalan kecekapan tenaga

(c) Dapat mengelakkan pemanasan global/Mengurangkan penghasilan karbon dioksida di dalam udara/ Mengelakkan berlakunya hujan asid

(d) Setuju, kerana pengamalan Teknologi Hijau mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga bahan api fosil, sekali gus dapat mengurangkan pencemaran udara akibat pembebasan karbon dioksida daripada pembakaran bahan api fosil.

Soalan 5:
Baca pernyataan di bawah.

• Asap daripada kenderaan yang menggunakan bahan api fosil merupakan antara penyumbang tertinggi kepada peningkatan karbon dioksida di dalam udara.
• Berlaku hujan asid sehingga memusnahkan hutan dan mengakis logam dan konkrit.
(a) Jelaskan sektor pengangkutan dalam amalan Teknologi Hijau.

(b) Terangkan dua langkah dalam sektor pengangkutan yang sesuai untuk menangani isu yang dinyatakan di atas.


Jawapan:
(a) Sektor pengangkutan – Memfokuskan penambahbaikan prasarana pengangkutan yang lebih bersih, bahan bakar kenderaan dan pengangkutan awam

(b) Menggunakan kenderaan berkuasa solar, berkongsi kenderaan, menunggang basikal.

Leave a Comment