Eksperimen 3.1 (A) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3


Eksperimen 3.1:
(A) Kadar denyutan nadi manusia berdasarkan jantina


Tujuan: Menyiasat kesan jantina ke atas kadar denyutan nadi manusia.

Pernyataan masalah: Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza mengikut jantina?

Hipotesis: Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi berbanding dengan lelaki.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Jantina
(b) bergerak balas: Kadar denyutan nadi
(c) dimalarkan: Tempoh masa, umur dan jenis aktiviti fizikal

Radas: Jam randik

Prosedur:
1. Jalankan aktiviti ini dalam dua kumpulan, iaitu kumpulan lelaki dan perempuan.
2. Ambil bacaan denyutan nadi setiap murid dalam masa 1 minit seperti pada Rajah 3.6. Seorang murid memegang jam randik dan menjaga masa.
3. Catat bacaan denyutan nadi setiap murid dalam masa seminit.
4. Kumpulkan bacaan denyutan nadi semua murid lelaki dan perempuan di dalam kelas. Kira purata denyutan nadi mengikut jantina dan rekodkannya di dalam jadual.

Keputusan:


Kesimpulan:
Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
Adakah terdapat perbezaan kadar denyutan nadi antara murid lelaki dengan murid perempuan?


Jawapan:
Ada, perempuan mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi berbanding dengan lelaki.

Leave a Comment