4.7.2a Alkohol dan Kesannya ke atas Kesihatan (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan suhu ke atas penapaian glukosa oleh yis.



(a) Nyatakan satu hipotesis yang boleh dibuat daripada eksperimen ini. [1 markah]

(b) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
  (i) Pemboleh ubah dimanipulasikan [1 markah]
  (ii) Pemboleh ubah bergerak balas [1 markah]

(c) Berdasarkan Rajah 1.1 dan Rajah 1.2, suhu manakah yang lebih sesuai untuk penapaian glukosa? [1 markah]


(d) Rajah 1.3 menunjukkan graf isi padu karbon dioksida yang dihasilkan pada suhu 35oC melawan masa.


Apakah hubungan antara isi padu karbon dioksida yang dihasilkan dengan masa? [1 markah]


Jawapan:
(a) Penapaian glukosa oleh yis dipengaruhi oleh suhu.

(b)(i)
Suhu kukus air

(b)(ii)
Isi padu karbon dioksida yang dihasilkan

(c)
35oC

(d)
 Isi padu karbon dioksida yang dihasilkan adalah berkadar terus dengan masa. 


Leave a Comment