4.7.1 Kepelbagaian Sebatian Karbon (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1.1 menunjukkan dua contoh sebatian karbon, K dan L.



(a)(i) Berdasarkan Rajah 1.1, yang manakah sebatian karbon tak organik? [1 markah]

(ii) Nyatakan satu ciri sebatian karbon tak organik. [1 markah]

(b)(i) Nyatakan satu kegunaan sebatian K. [1 markah]

(ii) Nyatakan satu kesan sebatian K ke atas sistem saraf jika diambil secara berlebihan. [1 markah]

(c) Rajah 1.2 menunjukkan satu tong yang mengandungi gas M yang digunakan untuk dapur gas.
Gas ialah suatu sebatian hidrokarbon.


(i) Nyatakan dua unsur yang mendapat dalam gas M. [1 markah]
 
(ii) Nyatakan satu sumber gas M. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i) L atau serpihan marmar

(a)(ii)
Berasal daripada benda bukan hidup atau tidak berasal daripada benda hidup

(b)(i)
Minuman keras atau beralkohol

(b)(ii)
Menggangu koordinasi deria atau transmisi impuls menjadi lambat

(c)(i)
1. Hidrogen
2. Karbon

(c)(ii)
Petroleum


Leave a Comment