(Tingkatan 5) 1.9.3 Mikroorganisma yang Berfaedah (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan keputusan eksperimen untuk mengkaji kesan satu antibiotik yang mempunyai kepekatan berbeza ke atas pertumbuhan bakteria.



(a) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini. [1 markah]

(b) Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini.
(i) Pembolehubah dimanipulasikan [1 markah]
(ii) Pembolehubah bergerak balas [1 markah]

(c) Tuliskan satu pemerhatian bagi eksperimen ini. [1 markah]

(d) Apakah yang dimaksudkan dengan antibiotik berdasarkan eksperimen ini (definisi secara operasi). [1 markah]


Jawapan:
(a)
Antibiotik berkepekatan tinggi membunuh lebih banyak bakteria.

(b)(i)
Kepekatan antibiotik.

(b)(ii)
Kawasan jernih

(c)
Kawasan jernih yang mengelilingi cakera antibiotik berkepekatan tinggi adalah lebih besar/ luas daripada kawasan jernih yang mengelilingi cakera antibiotik berkepekatan rendah.

(d)
Antibiotik ialah sejenis bahan yang menghasilkan suatu kawasan jernih mengelilingi agar nutrien yang mengandungi bakteria.

Leave a Comment