7.10.5a Penambahan dan Penolakan Cahaya Berwarna (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan penapis berwarna ke atas cahaya putih.



(a) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan warna cahaya yang diperhatikan pada skrin putih. Tulis jawapan anda dalam Jadual di bawah. [2 markah]


(b) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini. [1 markah]

(c) Nyatakan satu pembolehubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini. [1 markah]

(d) Ramalkan warna cahaya yang diperhatikan pada skrin putih jika penapis biru digunakan. [1 markah]


Jawapan:
(a)

(b)
Warna pada skrin adalah sama dengan warna penapis.

(c)
Jenis penapis warna.

(d)
Biru


Soalan 2:
Rajah 2.1 menunjukkan tiga cahaya berwarna dipancarkan ke atas satu skrin putih.



(a) Berdasarkan cahaya berwarna yang dilabel dalam Rajah 2.1, nyatakan
(i) warna primer, [1 markah]
(ii) warna sekunder. [1 markah]

(b) Apakah warna yang diwakili oleh K? [1 markah]

(c) Rajah 2.2 menunjukkan satu cahaya putih dipancarkan melalui satu prisma kaca. [2 markah]
Dalam Rajah 2.2, tuliskan warna bagi cahaya P dan Q.



(d) Suatu penapis hijau diletakkan seperti ditunjukkan pada Rajah 2.3.

 Apakah warna yang kelihatan di atas skrin putih? [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Biru/ Merah/ Hijau

(a)(ii)
Kuning

(b)
Putih

(c)


(d) Hijau


Leave a Comment