6.4.2 Penghasilan Tenaga Nuklear dan Kegunaannya (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan proses pembelahan nukleus bahan radioaktif.


(a) Namakan tenaga S dan sinaran T dalam kotak yang disediakan dalam Rajah 1. [2 markah]

(b) Nyatakan satu kegunaan bagi:
(i) Tenaga S
(ii) Sinaran T dalam bidang perubatan.[2 markah]

(c) Nyatakan satu cara untuk mengesan kehadiran sinaran T. [1 markah]

(d) Apakah kesan kepada manusia jika terdedah kepada sinaran T. [1 markah]


Jawapan:
(a)
Tenaga S: Tenaga nuklear
Sinaran T: Sinaran radioaktif

(b)(i)

– Menjanakan tenaga elektrik
– Menjanakan banyak tenaga haba dan cahaya dalam letupan nuklear
(mana-mana satu)


(b)(ii)

– Digunakan sebagai pengesan radioaktif
– Digunakan untuk mensterilkan peralatan perubatan
– Digunakan dalam rawatan radioterapi untuk membunuh sel tertentu seperti sel kanser
(mana-mana satu)

(c)
Menggunakan alat pengesan seperti pembilang Geiger-Muller.

(d)
Menyebabkan penyakit sinaran, pendarahan dalaman, kemandulan, kanser, mutasi, dan meningkatkan kemungkinan membentuk kanser tumor. 

Leave a Comment