4.9.5 Sifat Bahan Berdasarkan Kandungan Zarahnya (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kekonduksian elektrik plumbum(II) bromida.



(a)(i) Berdasarkan Rajah 1.2, apakah pemerhatian anda pada jarum ammeter? [1 markah]

(ii) Apakah bacaan ammeter pada Rajah 1.2? [1 markah]

(b) Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini.
  (i) Pembolehubah dimanipulasikan:
  (ii) Pembolehubah bergerak balas:
[2 markah]

(c) Nyatakan satu inferens bagi eksperimen ini. [1 markah]

(d) Plumbum(II) bromida adalah sebatian ion.
  Nyatakan definisi secara operasi bagi sebatian ion. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Jarum ammeter terpesong.

(a)(ii)
0.4 A

(b)(i)
Keadaan jirim plumbum(II) bromida atau sebatian kimia

(b)(ii)
 Bacaan ammeter

(c)
Plumbum(II) bromida yang berkeadaan lebur boleh mengalirkan arus elektrik.

(d)
Sebatian ion yang berkeadaan lebur akan memesongkan jarum ammeter yang disambung dalam litar lengkap.




Leave a Comment