Eksperimen 6.1:
Tujuan: Untuk mengkaji proses elektrolisis sebatian ion dalam keadaan pepejal, leburan dan akueus
Pernyataan masalah: Bolehkah sebatian ion dalam keadaan pepejal, leburan dan akueus menjalankan proses elektrolisis?
Hipotesis:
1. Sebatian ion dalam keadaan leburan dan akueus dapat menjalani proses elektrolisis.
2. Sebatian ion dalam keadaan pepejal tidak dapat menjalani proses elektrolisis.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Keadaan sebatian ion, iaitu pepejal, leburan atau akueus
(b) bergerak balas : Keadaan mentol
(c) dimalarkan : Jenis elektrod
Bahan: Pepejal plumbum(II) bromida, PbBr2 dan larutan kuprum(II) sulfat,CuSO4, 0.1 mol dm–3
Radas: Bateri, elektrod karbon, wayar penyambung dengan klip buaya, mangkuk pijar, tungku kaki tiga, segi tiga tanah liat, penunu Bunsen, suis, bikar, mentol, sel elektrolitik, spatula dan tabung uji
Prosedur:
(A) Elektrolisis bagi sebatian ion dalam keadaan pepejal dan leburan
Demonstrasi oleh guru (dijalankan di dalam kebuk wasap)
1. Masukkan serbuk pepejal plumbum(II) bromida, PbBr2, ke dalam mangkuk pijar yang kering sehingga separuh penuh.
2. Letakkan mangkuk pijar itu di atas segi tiga tanah liat pada tungku kaki tiga (Rajah 6.4).
3. Lengkapkan litar dengan menyambungkan elektrod karbon, suis, bateri dan mentol dengan wayar penyambung dan klip buaya.
4. Hidupkan suis. Perhatikan dan catat perubahan yang berlaku pada mentol.
5. Panaskan pepejal plumbum(II) bromida, PbBr2, sehingga melebur (Rajah 6.5).
6. Ulang langkah 3 dan 4.
(B) Elektrolisis bagi sebatian ion dalam keadaan akueus
1. Sediakan susunan radas dengan sel elektrolitik diisi dengan larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4, 0.1 mol dm–3 sehingga separuh penuh dan dua tabung uji yang diisi dengan larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4, 0.1 mol dm–3 sehingga penuh (Rajah 6.6).
2. Hidupkan suis selama 5 minit. Perhatikan dan catat perubahan yang berlaku pada mentol.
Pemerhatian:
Kesimpulan:
Adakah hipotesis diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Soalan:
1. Mengapakah elektrolisis bagi leburan plumbum(II) bromida, PbBr2, perlu dijalankan di dalam kebuk wasap?
2. Apakah tujuan mentol disambungkan pada sel elektrolisis?
3. Mengapakah elektrolisis tidak berlaku dalam sebatian ion yang berkeadaan pepejal?
Jawapan:
1. Kerana gas bromin yang beracun dibebaskan
2. Untuk menunjukkan pengaliran arus elektrik sewaktu elektrolisis berlaku
3. Dalam keadaan pepejal, ion-ion dalam sebatian ion tidak dapat bergerak secara bebas.