Eksperimen 9.2 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9


Eksperimen 9.2:
Tujuan: Mengkaji perbezaan ketahanan terhadap kakisan antara aloi dengan logam tulen.
Pernyataan masalah: Adakah aloi lebih tahan terhadap kakisan berbanding dengan logam tulen?
Hipotesis: Aloi lebih tahan terhadap kakisan berbanding dengan logam tulen.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Jenis paku
(b) bergerak balas: Kehadiran lapisan perang pada paku
(c) dimalarkan: Saiz paku, jenis larutan, jangka masa eksperimen

Bahan: Paku besi, paku keluli, air

Radas: Tabung uji, rak tabung uji

Prosedur:
1. Labelkan tabung uji sebagai P dan Q.
2. Masukkan 10 ml air ke dalam tabung uji P dan Q.
3. Masukkan paku besi ke dalam tabung uji P dan paku keluli ke dalam tabung uji Q.


4. Letakkan kedua-dua tabung uji di rak tabung uji di atas meja makmal dan biarkan selama seminggu.
5. Selepas seminggu, rekodkan pemerhatian anda.

Keputusan:


Kesimpulan: Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
1. Paku yang manakah berkarat selepas seminggu?
2. Lukis susunan atom di dalam kedua-dua paku tersebut.
3. Mengapakah ketahanan kakisan bagi kedua-dua paku boleh berbeza?


Jawapan:
1. Paku besi

2.


3. Besi ialah logam tulen, mudah teroksida dan membentuk karat apabila bertindak balas dengan air dan oksigen.

Keluli ialah aloi yang membuatkannya lebih tahan kepada tindak balas dengan air dan oksigen.

Leave a Comment