Eksperimen 9.1 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9


Eksperimen 9.1:
Tujuan: Mengkaji perbezaan kekerasan antara aloi dengan logam tulen.
Pernyataan masalah: Adakah aloi lebih keras berbanding dengan logam tulen?
Hipotesis: Aloi lebih keras berbanding dengan logam tulen.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Jenis bongkah
(b) bergerak balas: Diameter lekuk
(c) dimalarkan: Diameter bola keluli, ketinggian pemberat, jisim pemberat

Bahan: Bongkah kuprum, bongkah gangsa, pita selofan, benang

Radas: Bola keluli, pemberat (1 kg), kaki retort dan pengapit, pembaris, pembaris meter

Prosedur:
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.3.


2. Gantungkan pemberat 1 kg setinggi 50 cm dari bongkah kuprum.
3. Lepaskan pemberat supaya terhentak ke atas bola keluli yang dilekatkan pada bongkah kuprum.
4. Perhati dan ukur diameter lekuk yang terbentuk pada permukaan bongkah kuprum menggunakan pembaris.
5. Ulangi langkah 2 hingga 4 sebanyak dua kali lagi pada permukaan yang berlainan untuk mendapatkan diameter purata lekuk pada bongkah kuprum.
6. Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan menggantikan bongkah kuprum dengan bongkah gangsa.

Keputusan:


Kesimpulan: Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Soalan:
1. Antara bongkah kuprum dengan bongkah gangsa, yang manakah lebih keras?
2. Lukis susunan atom di dalam kedua-dua bongkah tersebut.
3. Mengapakah diameter lekuk bagi kedua-dua bongkah boleh berbeza?


Jawapan:
1. Bongkah gangsa

2.



3. Pada bongkah kuprum, apabila beban dijatuhkan atau daya dikenakan, lapisan atom kuprum yang tersusun akan menggelongsor dengan mudah dan menyebabkan diameter lekuk lebih besar terbentuk.

Pada bongkah gangsa, kehadiran atom timah menyebabkan zarah menjadi tidak tersusun. Apabila beban dijatuhkan pada bongkah gangsa, lapisan atom kuprum sukar untuk menggelongsor dan diameter lekuk menjadi lebih kecil.

Leave a Comment